Foto: Terengganu FC |
Kuala Nerus: Tamat sudah aksi terakhir Liga Super semalam menyaksikan Terengganu FC hanya mampu mengikat tuan rumah Penang FC dengan jaringan dua sama.
Terengganu FC berada dikedudukan ke empat Liga Super dan jatuh satu anak tangga daripada musim lepas yang berkedudukan ditangga ketiga.
Foto: MFL |
“Kejayaan atau kegagalan itu adalah pandangan masing-masing, sesiapa boleh berfikir sendiri dengan pasukan Terengganu, “Nilaikan sendiri pasukan Terengganu dibandingkan dengan pasukan yang lain dari segi prestasi, permainan dan statistik dalam semusim.
“Tahun lepas nombor 3 dan tahun ini nombor 4, kita hanya jatuh satu (kedudukan) sahaja tetapi (sedikit) berbeza kerana musim lalu kita hanya bermain 11 perlawanan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Penang.
Sementara itu, bercakap mengenai sasaran bagi saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi, Nafuzi mensasarkan untuk berada dalam kelompok 4 pasukan terbaik atau bahasa mudahnya, mara ke saingan separuh akhir.