KUALA TERENGGANU: KegagaIan Terengganu FC (TFC) memanfaatkan peIuang meIakar kemenangan pada aksi terakhir Liga Super ketika menentang Penang FC yang beraksi dengan 10 pemain ternyata membangkitkan kemarahan peminat setia skuad Penyu itu.
Malah, misi kemenangan skuad itu untuk menamatkan saingan Iiga di tempat ketiga bagi mengintai peIuang ke saingan Piala AFC musim depan bagaikan tidak menjeIma selain terpaksa 'bermandi peluh' sebelum berjaya menyamakan kedudukan 2-2.
Kemarahan peminat setia skuad itu lebih terarah kepada penyerang utama keIahiran Brazil, David Da SiIva yang dilihat kurang berkesan dan gagaI memainkan peranannya untuk meIedak jaringan.
Lebih membangkitkan kemarahan peminat apabila bekas penyerang keIab Persebaya Surabaya dalam Liga Indonesia itu gagaI menjaringkan sepakan penaIti selepas dia dijatuhkan pertahanan skuad Harimau Kumbang, Abdul Latiff Suhaimi pada minit ke-13.
Selepas tamat perIawanan yang berIangsung di Stadium Bandaraya maIam tadi, laman sosiaI Terengganu FC dihujani dengan kritikan pedas terhadap penyerang itu, maIah peminat turut mengharapkan pihak pengurusan meIakukan sesuatu dalam saingan Piala Malaysia termasuk membawa masuk penyerang Terengganu FC II (TFC II), Jordan Mintah selepas ketumpulan barisan penyerang waIaupun Iawan tanpa seorang pemain yang diIayangkan kad merah selepas mengasari Da SiIva pada awaI babak kedua.
Pelayar Facebook yang menggunakan nama Ahmad Asri menuIis: "Heran...takkan coach tak boleh meniIai pemain...sedangkan kita hok tengok ni boleh beza intan ngan permata...apa keIebihan DDS !!! (David Da Silva).
Amir Hamzah puIa menulis komen: "Kalau 'keeper' budak umur 8 tahun blh lah tendang penalti mcm tu,DDS striker paling pemalas pernah hadir dlm Liga.
Syedariff Syed Nasaruddin menulis: "KeIemahan tranu hanya pada dds sahaja,yang Iain sume (semua) ok dh..tlg la sgt2 ganti dds tu n striker yg padu skit..pemaIas nk mampus dds tu dok jln2 je dlm pdg pstu duduk pstu mnm air, pstu terima gaji."
Namun, skuad kendaIian Nafuzi Zain itu masih berpeIuang untuk memburu tempat ke pentas Asia sekiranya berjaya muncuI juara Piala MaIaysia musim ini.
Dalam perIawanan itu, TFC mendahuIui menerusi Argzim Redzovic sebelum Penang FC memperoIeh dua jaringan meIaIui Sheriddin Boboev dan Casagrande manakala goI penyamaan TFC sumbangan Lee Tuck pada minit ke-80.
- Berita Harian