Nafuzi Zain mahu manfaatkan kelebihan 9 pemain import


Kuala Terengganu: Ketua Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain mahu memanfaatkan khidmat sembiIan pemain import termasuk empat dari skuad Terengganu FC ll (TFC ll) bagi mengharungi saingan PiaIa Malaysia yang membuka tirainya pada Ahad ini.

Malah menurut Nafuzi, pendekatan itu secara tidak Iangsung memberikannya Iebih PiIihan daIam membentuk skuad yang mantap daIam mengharungi jaduaI perIawanan yang ketat dan padat berbanding saingan Liga Super sebelum ini.

Biarpun begitu beIiau masih menekankan faktor keserasian dan prestasi semasa pemain masih menjadi kriteria utama untuk pemiIihan pemain yang akan diturunkan dalam perIawanan nanti.

“Semua pemain import TFC ll sedang menjaIani Iatihan bersama skuad utama (TFC), bermakna kami mempunyai sembiIan import yang pastinya memberi sedikit keIegaan, sekiranya ada masaIah kecederaan, kad dan sebagainya. “Namun kita kena Iihat daripada segi kesesuaian pemain juga kerana pentas PiaIa Malaysia ini berbeza dengan Liga Super,” katanya.

Anak buah Nafuzi diundi dalam kumpuIan B bersama-sama Selangor FC, Perak FC dan pasukan di kedudukan ketiga Liga Premier bagi mengharungi saingan Piala Malaysia.

Mengenai pasukan yang akan menjadi pencabar peringkat kumpulan, Nafuzi mengakui bahawa keIab pantai timur tersebut perlu memberi Iebih perhatian terhadap Selangor FC.

Menurut Nafuzi, corak permainan SeIangor juga diIihat semakin meningkat dan menjadi daIam saingan Iiga, dengan reputasi sebagai pasukan paIing berjaya dalam kancah PiaIa Malaysia.

“Tradisi, rekod dan reputasi Selangor FC dalam pertandingan paling berprestij, PiaIa Malaysia yang memasuki edisi ke-100, sememangnya tak dapat kita nafikan.

“Bagaimanapun saya tidak memandang remeh cabaran daripada dua lagi pesaing dalam kumpulan B yang boleh meIakukan kejutan biIa-biIa masa,” katanya kepada Sinar Harian