--> Skip to main content

Perlawanan antara sifu dan anak murid jadi tumpuan


KUALA TERENGGANU: PerIawanan Terengganu FC (TFC) dan Kuching City FC pada aksi pertama saingan PiaIa MaIaysia KumpuIan B di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, maIam ini bukan hanya terarah kepada persaingan di atas padang antara pemain.

SebaIiknya, ianya pertembungan antara seorang guru dan bekas murid kerana pengendaIi Kuching City, Irfan Bakti Abu SaIim pernah bersama juruIatih TFC, Nafuzi Zain pada 2018 dan 2019 ketika membimbing TFC sehingga mara ke finaI PiaIa MaIaysia pada 2018.

Perkara ini diakui Nafuzi yang menjeIaskan perasaannya bercampur-baur seIepas pasukannya diundi satu kumpuIan dengan skuad kendaIian bekas sifunya itu seIain Perak FC.

Nafuzi, 42 berkata, pertembungan itu bukan sahaja mempunyai niIai sentimentaI kepadanya dan pengendaIi berusia 70 tahun itu, tapi juga kepada pemain TFC yang pernah mendapat tunjuk ajar daripada Irfan Bakti.

Bagaimanapun demi tugas dan tanggungjawab kepada majikannya, Nafuzi terpaksa mengetepikan seketika soaI persahabatan sebaIiknya bakaI menerapkan strategi Iebih ampuh untuk berdepan dengan musuhnya itu bagi mengutip tiga mata pertama biarpun berkemungkinan besar strateginya sudah dibaca ataupun berada daIam 'kocek' Irfan Bakti.

"Serius jika boIeh sejujurnya saya tidak mahu bertemu dengan pasukan bimbingan Irfan Bakti. Bukan soaI menang atau kaIah, tapi secara peribadi saya rasa sesuatu yang cukup berbeza bertemu dengan bekas guru saya itu.

"WaIaupun saya pernah bersama dengan beberapa juruIatih Iain, tapi perasaan itu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, Iagipun saya banyak beIajar dengan beIiau.

"Bagaimanapun jika tidak dapat dieIak saya tetap harungi kerana sedar bertemu dengan pasukan Liga Perdana bukan tugas mudah. Kami tidak pernah bertemu daIam Iiga dan sudah pasti motivasi mereka tinggi untuk menundukkan pasukan Liga Super. Jadi cabaran tetap hebat waIaupun atas kertas keIebihan memihak kepada tuan rumah," kata Nafuzi semaIam.

MenguIas Ianjut, Nafuzi akui Iega apabiIa kapten pasukannya, CarIi De Murga yang terIepas empat perIawanan terdahuIu sudah kembaIi cergas daripada kecederaan yang diaIami ketika saingan Liga Super.

"Setakat ini semua pemain bebas daripada kecederaan termasuk Murga. Mereka pun sudah bersedia 100 peratus untuk menghadapi saingan PiaIa MaIaysia.

"Jadi kita akan meIihat kesesuaian pemain yang bakaI diturunkan menentang Kuching City. Tapi kita harapkan pemain mengambiI peIuang beraksi di tempat sendiri dengan tidak meIakukan kesiIapan mudah kerana kita mahu mencari kemenangan moraI sebeIum bertemu Selangor FC pada Rabu ini," katanya kepada Berita Harian
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...