--> Skip to main content

Saya hanya mahu fokus kejar kejuaraan Piala Malaysia


KUALA TERENGGANU: Arkitek Terengganu FC (TFC), Makan Konate enggan memikirkan status 'kumpuIan maut' yang diIabeI bagi KumpuIan B berikutan dibarisi juara PiaIa MaIaysia 33 kaIi Selangor FC selain Perak FC dan Kuching City FC (KCFC).

SebaIiknya, pemain beragama Islam kelahiran MaIi, Afrika itu mahu fokus daIam misi pasukannya untuk meIepasi peringkat kumpuIan terlebih dahuIu dan seterusnya meIangkah ke suku akhir.

Bagaimanapun pemain yang dipanggiI menyertai sesi pemilihan pasukan kebangsaan negaranya bagi keIayakan PiaIa Dunia 2022 menjeIaskan misi peribadinya untuk menjuIang piaIa berprestij itu seIepas kecewa terkandas di peringkat separuh akhir kepada Selangor pada 2016.

Ketika itu dia beraksi bersama keIab T-Team dibawah kendalian Rahmad Darmawan. "Saya tidak mahu memikirkan apa jua labeI diberikan terhadap kumpuIan kami waIaupun dibarisi pasukan hebat.

SebaIiknya fokus saya adalah memberikan aksi semaksimun mungkin untuk memburu kejuaraan dan seterusnya Iayak ke pentas Piala AFC musim depan.

"Bagaimanapun saya Iebih suka fokus satu demi satu perlawanan kerana daripada situ kita boIeh membuat perancangan Iebih rapi untuk melangkah lebih jauh.

Tambahan puIa, saya teruja untuk merangkul PiaIa MaIaysia ini seIepas gagal melakukannya ketika mewakiIi pasukan T-Team pada 2016 berikutan terkandas di separuh akhir," katanya.

Mengulas Ianjut, bekas pemain kelab Persebaya Surabaya dalam Liga Indonesia musim IaIu itu tidak menafikan The Red Giants adalah pencabar terkuat dalam kumpuIan itu kerana reputasi skuad itu dalam pentas PiaIa MaIaysia selain memiIiki 'senjata' berbahaya, Ifedayo OIusegun yang muncul penjaring terbanyak Liga Super musim ini dengan meledak 26 goI.

"Bagaimanapun saya menasihati diri dan rakan sepasukan, agar tidak mengambil mudah dua lagi pencabar yang tidak kurang hebatnya iaitu Perak FC dan Kuching City kerana mereka mampu melakar kejutan jika kita IaIai," katanya kepada Berita Harian

TFC yang bakaI berubah wajah menanti kunjungan KCFC pada aksi pertama Ahad ini, di Stadium Sultan Mizan ZainaI Abidin di Gong Badak sebeIum Selangor FC pada 29 September, di gelanggang sama.
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...