--> Skip to main content

Aksi Faisal Halim tarik perhatian ejen luar negara


Kuala Lumpur: Aksi lincah pemain sayap Terengganu yang beraksi bersama Harimau Malaya, pada perlawanan persahabatan menentang Jordan menarik perhatian ejen luar negara.

Faisal Halim yang diturunkan kesebelasan utama menentang Jordan memperagakan aksi menarik, apabila mengelecek beberapa pemain Jordan termasuk pengadil.


Menurut perkongsian ejen kepada Faisal Halim di twitter, beliau dihubungi oleh ejen luar negara selepas perlawanan Malaysia menentang Jordan, mereka bertanyakan tentang perkembangan dan kontrak Faisal Halim buat masa ini.
Menurut beliau ejen luar negara tersebut daripada Sepanyol dan Portugal, walaubagaimanapun tiada maklumat ejen luar negara itu daripada kelab mana.

Faisal Halim yang menyertai Terengganu pada musim ini masih berbaki kontrak sehingga musim 2022, ia perkembangan baik jika dapat menarik minat kelab luar negara untuk karier pemain muda negara.

Walaubagaimanapun perkongsian daripada ejen Faisal Halim tu mendapat kecaman sesetengah penyokong Terengganu, kerana dikatakan menganggu fokus pemain tersebut yang masih diperlukan pada aksi Piala Malaysia.

Kita perlu berpandangan jauh dengan khabar baik ini untuk pemain dapat mengembangkan karier diluar negara, bagi memastikan Malaysia mempunyai pemain yang lebih berkualiti dimasa akan datang, dan pengalaman diluar negara dimanfaatkan untuk Harimau Malaya.

Tarikh Artikel: 10 October 2021
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...