Piala Malaysia : Terengganu bakal tempang tanpa enam pemain?

 

Foto: FAM

Kuala Lumpur: Piala Malaysia bakal bersambung pada 29 dan 30 oktober ini, pasukan B23 negara sedang dalam fasa latihan bagi menghadapi kelayakan  Piala Asia B23 2022 pada 27 hingga 31 oktober 2021 di Mongolia.

Foto: FAM

Seramai lima pemain daripada Terengganu & Terengganu II dipanggil pada fasa 2 kali ini, dan menurut Zulhelmi Zainal Azam (Astro Arena), Hakimi Abdullah dijangka menyertai skuad B22 negara ke Mongolia selepas selesai aksi persahabatan dengan skuad senior baru-baru ini, sekaligus menjadikan seramai enam pemain daripada kelab Terengganu akan berbakti untuk negara jika kesemuanya dipilih.

Foto: FAM

Pada aksi kelayakan bagi Kumpulan J nanti, Malaysia akan membuka tirai saingan bertemu Laos pada 25 Oktober 2021, diikuti aksi kedua berdepan tuan rumah, Mongolia pada 28 Oktober 2021, sebelum menentang Thailand pada aksi terakhir pada 31 Oktober 2021.

 

Sambungan Piala Malaysia kali ini akan memperlihatkan pemain seperti Azam Azmi, Hairey Hakim, Nik Akif, Hakimi Abdullah yang kebiasaan mengisi senarai pasukan Terengganu bakal terlepas aksi Piala Malaysia kemungkinan satu atau dua perlawanan nanti, semestinya Terengganu pasti sudah ada penyelesaian dengan kemungkinan ini, semoga berjaya diucapkan kepada pemain-pemain Terengganu yang terpilih untuk kelayakan B23 di Mongolia.