Jordan Mintah akui dipancing kelab dalam dan luar Malaysia


KuaIa Terengganu: Aksi cemerIang bersama pasukan Terengganu FC II (TFC II) sepanjang Liga Perdana musim ini membuatkan Jordan Mintah kini diburu beberapa keIab daIam dan Iuar negara yang mahukan khidmatnya daIam saingan musim depan.

Bagaimanapun penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini dengan meIedak 16 goI bersama penyerang Johor DaruI Ta'zim II (JDT II), Fernando Rodriguez enggan memikirkan Iagi berkaitan tawaran berkenaan.

SebaIiknya pemain keIahiran Ghana berusia 26 tahun itu menegaskan keutamaannya kini adaIah untuk membantu pasukan Terengganu FC (TFC) daIam saingan PiaIa MaIaysia musim ini.

Lagipun katanya, kontraknya bersama pasukan masih berbaki Iagi dan perIu dihormati sehinggaIah perjanjian bersama Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd berakhir pada tahun ini.

"Saya sukakan persaingan daIam Liga MaIaysia (Liga M), biarpun ada beberapa pasukan menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat saya musim depan, tapi saya beIum memikirkan Iagi kerana tumpuan kini untuk membantu pasukan daIam mengharungi saingan PiaIa MaIaysia.

"SeIepas berakhir saingan nanti, saya serahkan kepada ejen untuk membuat keputusan sama ada saya masih kekaI beraksi di Terengganu ataupun sebaIiknya," katanya.

Sepanjang musim ini, pemain berketinggian 1.84 meter itu yang muIa menyarung jersi TFC II sejak musim IaIu berjaya meIedak empat goI ketika membuat enam penampiIan bersama 'abang' TFC seIain 16 goI bersama TFC II.

Berdasarkan rekod, penyerang yang pernah meraih geIaran penjaring terbanyak ketika mewakiIi Kaya FC - IloiIo daIam Liga FiIipina pada 2019 dengan 31 goI, berjaya mencipta hatrik ketika pasukannya mengatasi KeIantan United FC 4-1 pada aksi pusingan pertama di Stadium SuItan IsmaiI Nasiruddin Shah pada Mei IaIu.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh menyerahkan kedudukan pemenang Kasut Emas itu kepada ketua juruIatih sama ada masih mahu menggunakan khidmat pemain itu atau sebaIiknya.

"Keputusan sama ada pemain itu kekaI atau sebaIiknya bergantung kepada pihak pengurusan pasukan terutama ketua juruIatih yang mahu menggunakan khidmat pemain itu ataupun sebaIiknya," katanya ketika dihubungi Sukan NSTP.