David Da Silva dikaitkan bakal kembali ke Persebaya musim depan

Foto: Terengganu FC

Kuala Terengganu: Penyerang Terengganu FC, David Da Silva dikatakan bakal kembali ke pasukan yang diwakilinya musim lepas iaitu Persebaya di Liga 1 Indonesia.

Khabar angin ini berlegar minggu ini di akhbar dan media sosial bola sepak Indonesia, apabila ejen beliau Antonio Teles dikatakan memuat naik 'story' di instagram berlatar belakang video aksi David Da Silva dengan kenyataan "arek'e moleh" yang bermaksud "bocahnya pulang" dalam bahasa indonesia, yang ibaratnya bermaksud "sirih pulang ke gangang".

Foto: transferbolaindo

Namun apabila disoal oleh Bola.com, ejen tersebut mengatakan beliau hanya sekadar memuat naik statistik pemainnya sahaja sama seperti pemain lain yang dibawah kendaliaannya, lagi pun beliau menyatakan bahawa David Da Silva masih mempunyai kontrak dengan Terengganu sehingga 30 November 2021 ini.

“David Da Silva masih terikat kontrak di Malaysia. Setelah itu baru kita putuskan masa depan David dan klub baru. Semua tergantung ke klub mana yang tertarik datangkan David. Terima Kasih,” imbuh pria yang pernah berkarier sebagai pemain di Indonesia itu, katanya kepada Bola.com