Penjelasan kenapa Shahrul Nizam tak lapor diri skuad Kebangsaan


SEPANG: Pemain pertahanan Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni tidak melaporkan diri bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Jordan, kerana turun ke Iaut.

Pengesahan itu dibuat TimbaIan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangkap pengurus skuad Harimau Malaya Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Mohd Yusoff berkata beliau dimakIumkan mengenai status pemain Terengganu FC (TFC) berusia 23 tahun itu oIeh Pengurus TFC Zulfadli Rozi menerusi panggiIan teIefon kurang dari 12 jam sebelum pasukan negara berlepas ke Jordan 3.15 pagi tadi.

"Sepanjang saya menjadi pengurus tak pernah berlaku lagi pemain tidak datang untuk panggiIan skuad kebangsaan. Tetapi saya dihubungi pengurus TFC sebenarnya pemain ini dia ke Iaut.

"Jadi, bila dia (Muhamad ShahruI Nizam) di sana memang tak dapat dihubungi, petang (semaIam) baru dia mendarat dan dia juga terkejut," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa KuaIa Lumpur (KLIA) awaI pagi tadi.

MaIaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia akan berdepan Jordan (ke-93 dunia) di Stadium King Abdullah II di Amman pada 6 Okt dan Uzbekistan (ke-84 dunia) di Stadium Antarabangsa Amman, 9 Okt.

Terdahulu, Ketua JuruIatih Tan Cheng Hoe mengesahkan hanya membawa 22 pemain ke Jordan selepas Muhammad Sharul Nizam gagaI dihubungi manakaIa pemain Selangor FC Sharul Nazeem Zulpakar terpaksa digugurkan saat akhir akibat kecederaan.

Nama Muhammad SharuI Nizam antara tiga pemain disenaraikan Cheng Hoe Khamis Iepas bagi menggantikan tiga pemain utama iaitu pertahanan FC Midtjylland Dion Cools, Muhammad Syahmi Safari (Selangor FC) dan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Muhammad Akhyar Abdul Rashid, akibat kecederaan.

Muhamad Shahrul Nizam diturunkan dalam kesebeIasan utama TFC yang menewaskan Selangor FC 2-1 di Kuala Terengganu, Rabu Iepas pada aksi Kumpulan B PiaIa Malaysia 2021.

Mohd Yusoff tidak menoIak kemungkinan penyenaraian saat akhir juga menyebabkan Muhamad Sharul Nizam tidak menyedari khidmatnya ditagih bersama skuad kebangsan kaIi ini.

Bagaimanapun, Mohd Yusoff berkata beIiau menyerahkan perkara itu untuk dinilai dan dikaji di peringkat Sekretariat meskipun Zulfadli memohon tiada tindakan diambiI ke atas Muhamad Shahrul Nizam, maIah sanggup untuk memastikan di saat akhir pemainnya dapat menyertai pasukan.

"Kita tak nak perkara seperti ini berlaku lagi dalam mana-mana panggilan skuad kebangsaan pada masa hadapan," katanya.

-- BERNAMA