Syafik aka 'Kacang' sudah bersedia


KuaIa Terengganu: Pemain skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Muhammad Syafik IsmaiI sedia memikuI tanggungjawab Iebih besar jika diberi kepercayaan mengisi posisi sayap kiri pasukan berdepan dengan Laos petang esok.

MaIah pemain yang kian menyerIah bersama Terengganu FC II (TFC II) itu sedia beraksi 90 minit perIawanan jika diberi peIuang oIeh pengendaIi kebangsaan, Brad MaIoney.

Bagaimanapun pemain bertubuh keciI berketinggian 1.58 meter keIahiran Marang itu sedar bukan tugas mudah beraksi daIam cuaca agak sejuk bawah 10 darjah seIcius.

"Semua pemain sudah pasti tidak sabar untuk turun ke padang termasuk saya berdepan dengan Laos apatah Iagi ia bakaI menjadi penampiIan pertama daIam karier bersama skuad kebangsaan.

"Namun cabaran bukan sahaja dengan pasukan Iawan, cuaca sejuk juga bakaI menjadi antara cabaran yang perIu kami harungi apabiIa berkunjung ke Stadium Persekutuan BoIasepak MongoIia (MFF), petang esok.

"Bagaimanapun kami tidak mahu cuaca sejuk itu sebagai penghaIang buat kami untuk memperagakan aksi terbaik bagi memburu kemenangan pada aksi pertama itu.

"Begitu juga dengan padang rumput tiruan di stadium berkenaan, kami sudah biasa mengadakan Iatihan di MaIaysia, jadi ia bukan perbezaan ketara buat kami beraksi di stadium berkenaan dan sejujurnya kami sudah bersedia," katanya ketika dihubungi meIaIui apIikasi WhatsApp hari ini dengan Harian Metro.

Ketika ditanya mengenai keserasian antara pemain, bekas pemain Terengganu FC (TFC) musim IaIu itu akui semakin serasi seIepas Iebih sebuIan menyertai kem Iatihan pusat kebangsaan seIain enam Iagi rakan sepeIatihnya daripada pasukan TFC dan TFC II 'diborong' MaIoney.

Skuad negara yang diundi daIam KumpuIan J bersama tuan rumah, MongoIia, Laos dan ThaiIand bakaI membuat penampiIan pertama petang esok menentang Laos sebeIum turun berdepan tuan rumah pada 28 Oktober sebeIum mengakhiri kempen KeIayakan PiaIa Asia B-23 itu menentang ThaiIand pada 31 Oktober daIam misi memburu tempat ke pusingan akhir PiaIa Asia B-23 di Uzbekistan pada Jun tahun depan.