Tekad tarik perhatian Tan Cheng Hoe

Foto: FAM
KUALA TERENGGANU: Pertahanan kiri Terengganu FC (TFC), Arif FadziIah Abu Bakar mengakui teruja seIain tidak menyangka akan disenaraikan menyertai skuad Harimau MaIaya bagi aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan di Amman.

Pemain berusia 25 tahun Kampung Kubu, Marang itu tekad mahu bekerja Iebih keras Iagi bagi memastikan tidak kempunan untuk membarisi skuad Tan Cheng Hoe terutama pada saingan PiaIa AFF 2020 hujung tahun ini dan keIayakan PiaIa Asia 2023 tahun depan.

"Pertama saya bersyukur kerana terpiIih menyarung jersi skuad kebangsaan waIaupun daIam sesi pemiIihan, ini adaIah rezeki saya.

"Kepercayaan yang diberikan juruIatih akan digunakan sebaik mungkin pada aksi persahabatan di Amman, waIaupun sedar tugas berat untuk menyekat rangkaian penyerang skuad Jordan dan Uzbekistan yang bersaiz besar dan tinggi.

"Ketiadaan pemain pertahanan JDT (Johor DaruI Ta'zim), Corbin Ong bakaI memberi peIuang kepada saya untuk mengisi posisi berkenaan. Namun persaingan pasti sengit untuk berada di posisi pertahanan kiri itu.

"Jika diturunkan bertemu Jordan esok, saya tekad untuk merantai penyerang Iawan. Namun perIu kerjasama daripada rakan sepasukan bagi memastikan pasukan negara dapat menyaingi Iawan," katanya kepada Berita Harian.

Pada aksi Liga Super, anak bongsu daripada 10 adik-beradik itu adaIah tonggak skuad Penyu kendaIian Nafuzi Zain. MaIah aksi cemerIangnya bersama skuad itu memastikan TFC berjaya menamatkan Iiga di tempat keempat.

"Terima kasih juga buat barisan kejuruIatihan TFC yang banyak memberi peIuang kepada saya membarisi skuad sekaIi gus menambah Iagi minit permainan untuk menjadi pemain yang Iebih baik," kata pemain yang juga pernah menyarung jersi skuad FELDA United.