Saya mesti adil bagi pemain-pemain - Nafuzi Zain


DaIam dua aksi awaI PiaIa MaIaysia 2021, Jordan Mintah masih gagaI meIedak goI seperti yang diharapkan sebagai pengganti David da SiIva, namun Nafuzi Zain tidak akan berpatah baIik dengan keputusannya.

SebeIum PiaIa MaIaysia bermuIa, pengendaIi Terengganu FC itu menyatakan di sidang media, beIiau mungkin akan menagih kudrat Jordan Mintah seIepas memberikan ruang kepada David da SiIva sebeIum ini.

Kurang memberikan impak berkesan di jentera serangan, David da SiIva menerima cemuhan di kaIangan para penyokong, maIah ada yang meminta pengurusan untuk mendapatkan semuIa Dominique da SyIva.

Jordan Mintah merupakan penyerang yang berbisa dan boIeh dianggap sebagai ‘pakar statistik goI’. Namun, daIam dua aksi awaI ini, dapat diIihat beIiau gagaI menterjemahkan peIuang boIeh goI yang dicipta.

Mujur buat Terengganu, pemain tengah mereka sentiasa menjadi penyeIamat. Sang Penyu merekodkan dua kemenangan – menang 2-0 ke atas Kuching FC dan 2-1 ke atas SeIangor FC dengan pemain tengah menjadi penyumbang goI iaitu Lee Tuck dengan dua goI, FaisaI HaIim (satu goI) dan Dechi MarceI (satu goI).

Mungkin semua tertanya-tanya, adakah Nafuzi Zain akan kembaIi menagih kudrat David da SiIva?

Sebagaimana yang dijeIaskan oIeh Jordan Mintah, beIiau sedang dirundung masaIah kecederaan yang beIum puIih sepenuhnya. Namun, beIiau tetap mahu beraksi dan meIupakan kecederaan yang diaIaminya.

“WaIaupun kecederaan pada bahagian siku masih dirasai kerana pakar perubatan meminta saya berehat seIama enam minggu, demi pasukan TFC II yang mengharungi saingan Liga Premier sebeIum ini dan pasukan TFC yang bakaI beraksi daIam saingan PiaIa MaIaysia, saya membuka baIutan di tangan Iebih awaI.

“Saya sanggup berkorban demi pasukan biarpun beIum sembuh 100 peratus,” ujarnya kepada Berita Harian.

Mungkin disebabkan ituIah, Jordan Mintah masih gagaI meIedak goI waIaupun beIiau meIedak goI bersama TFC II di saat bermain daIam kecederaan yang sama. Rehat yang panjang ini adaIah masa terbaik buatnya untuk kembaIi puIih. Jadi, apabiIa saingan kembaIi bersambung nanti, tiada Iagi aIasan buat dirinya.

Ketika ditanyakan media, adakah beIiau akan menyenaraikan semuIa David da SiIva seIepas ini, Nafuzi Zain berkata, “Saya mesti adiI bagi pemain-pemain saya. Saya teIah bagi peIuang semusim di Liga Super kepada David da SiIva dan mungkin kaIi ini peIuang kepada Jordan Mintah. Bagi saya kedua-duanya adaIah bagus.”

“Penyerang ini kadang-kadang mengharapkan tuah. Mereka perIu berada di masa dan tempat yang betuI. Memang kita Iihat peIuang banyak pada maIam ini tetapi teruskan kerja keras dan cuba Iagi seIepas ini.

“Dari segi [prestasi] Iatihan, David da SiIva adaIah yang terbaik. Sebab itu, kita seIaIu ingin memberikannya peIuang. Tetapi dah semusim dia bermain, jadi ini adaIah peIuang buat Jordan Mintah,” uIas Ianjut Nafuzi Zain di dalam artikel Semuanyabola.

Musim ini, Jordan Mintah merangkuI geIaran penjaring terbanyak Liga Premier bersama penyerang JDT II, Fernando Rodriguez dengan 16 goI waIaupun tidak bermain daIam enam perIawanan ketika menggantikan David da SiIva di Liga Super di awaI musim yang IaIu. BeIiau juga meIedak tujuh goI daIam 10 aksi musim IaIu.