Habib Haroon kekal bersama Terengganu FC musim depan

 


Kuala Terengganu: Pemain import termuda Terengganu FC berusia 21 tahun yang memegang passport Bahrain, kelahiran Nigeria sah kekal bersama pasukan itu untuk musim 2022.

Mengikut sumber yang memberitahu Terengganu 11, Habib sudah menandatangani kontrak lanjutan untuk terus kekal bersama skuad penyu pada hari ini.

Habib masuk dipertengahan musim menggantikan kuota Asia daripada Chris Herd yang ditamatkan kontrak kerana kecederaan.

SebeIum menyertai Terengganu, Habib membantu keIab Bahrain, AI KhaIidiya meraih kedudukan naib juara Iiga divisyen 2 Bahrain bagi musim 2020-2021.

Habib juga pernah beraksi bersama penyerang SeIangor FC, Ifedayo OIusegun dan penyerang Sarawak United, Uche Agba ketika bersama keIab AI Riffa SC daIam Liga Bahrain pada 2019.

Apabila menyertai Terengganu FC musim ini gandingannya bersama Dechi Marcel diposisi tengah, bagaikan sepasang kembar jika dilihat dari saiz fizikal dan corak permainan kedua-dua pemain ini, yang saling bertukar-tukar posisi diruangan tengah padang bagi mendominasi permainan.

Habib berjaya membantu Terengganu FC dikedudukan ke empat Liga Super dan empat terbaik bagi kejohanan TM Piala Malaysia diakhir musim.

Mengikut tarikh kontrak pemain-pemain yang kesemuanya berakhir 30 November ini, mereka dijangka akan dipanggil untuk rundingan, perlanjutan atau dilepaskan dalam masa terdekat mengikut persetujuan bersama.

Bagi status terkini barisan kejurulatihan masih menjadi tanda tanya, mungkin ada kejutan yang akan berlaku atau sama-sama nantikan pengumuman rasmi daripada pengurusan Terengganu FC.