Jordan Mintah setuju terus bersama Terengganu musim 2022


Kuala Terengganu: Seorang lagi pemain import Terengganu FC bersetuju dan telah sah untuk terus kekal bersama pasukan untuk musim hadapan.

Mengikut sumber memberitahu Terengganu 11, Jordan Mintah telah menurunkan tandatangan bagi pelanjutan kontrak untuk kekal musim depan pada hari ini.

Penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 16 gol musim ini mahu terus berbakti bersama pasukan Terengganu FC.

Kedudukannya sama ada akan beraksi di pasukan utama atau Terengganu FC II belum dapat dipastikan.

Pemain ini yang mesra dikalangan penyokong Terengganu dimana telatah dan kebolehan bercakap loghat Terengganu cukup disenangi.

Untuk rekod beliau telah tiga musim bersama Terengganu termasuk dengan perlanjutan kontrak untuk kekal di musim 2022.