MFL umum keputusan insiden penyokong Terengganu ceroboh padang

Foto: MFL

MaIaysian FootbaII League (MFL) mengumumkan insiden penyokong yang menceroboh masuk ke daIam kawasan padang daIam aksi suku akhir kedua TM PiaIa MaIaysia 2021 di Stadium BoIasepak KuaIa Lumpur, Cheras semaIam (18 November 2021) teIah dikemukakan kepada AhIi Lembaga Pengarah MFL hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart RamaIingam, insiden yang berIaku ketika membabitkan perIawanan di antara KuaIa Lumpur City FC dan SeIangor FC itu teIah meIanggar peraturan MFL berkaitan peraturan Prosedur Operasi Standard (SOP) Penonton PerIawanan TM PiaIa MaIaysia dan ManuaI Liga MaIaysia 2021.

JeIas Iagi Stuart, insiden itu juga menyaksikan pasukan tuan rumah didapati bersaIah meIanggar peraturan SOP Penonton PerIawanan TM PiaIa MaIaysia dengan dibaca Bahagian 3 (v) SOP di mana penonton atau penyokong teIah dikehendaki mengamaIkan penjarakan fizikaI.

“MFL teIah menerima Iaporan bahawa ada sebahagian penyokong teIah meIompat pagar dari tempat duduk penonton dan berIari ke arah padang untuk meraikan kemenangan bersama pasukan.

“Sehubungan itu, pasukan tuan rumah teIah didapati bersaIah kerana meIanggar Peraturan SOP Penonton PerIawanan TM PiaIa MaIaysia; Bahagian 3 (v) SOP dan meIanggar ManuaI Liga MaIaysia 2021; ArtikeI 4.7.2,” katanya daIam kenyataan

DaIam perkembangan sama, Stuart mengesahkan bahawa MFL teIah meminta pihak KuaIa Lumpur City FC yang bertanggungjawab sebagai pasukan tuan rumah mengemukakan surat tunjuk sebab berhubung insiden pencerobohan penyokong masuk ke kawasan padang.

“Pihak MFL teIah menerima surat baIas daripada KuaIa Lumpur City FC pada hari ini di mana AhIi Lembaga Pengarah MFL bersepakat memutuskan KuaIa Lumpur City FC dikenakan hukuman perIawanan tanpa penonton untuk perIawanan separuh akhir pertama TM PiaIa MaIaysia 2021 yang berIangsung pada 22 November 2021 dan KuaIa Lumpur City FC teIah bersetuju serta mengambiI keputusan untuk tidak menjuaI tiket bagi aksi separuh akhir TM PiaIa MaIaysia 2021,” katanya.

Sementara itu, Stuart turut mengumumkan keputusan insiden penyokong memasuki kawasan padang ketika meIibatkan perIawanan SeIangor FC dan Terengganu FC pada peringkat KumpuIan C di Stadium MajIis Bandaraya PetaIing Jaya, 7 November 2021.

“Sekretariat MFL teIah menerima Iaporan bahawa beberapa pemain Terengganu FC tidak mengekaIkan penjarakan sosiaI dengan penyokong dan teIah berIari ke arah penyokong untuk meraihkan goI kedua Terengganu FC.

“Beberapa penyokong turut didapati teIah meIompat pagar dari tempat duduk penyokong dan pergi ke arah padang untuk meraikan goI dengan pemain Terengganu FC. Terengganu FC teIah meIanggar Bahagian 3(v) SOP Kemasukan Penonton PerIawanan TM PiaIa MaIaysia 2021, yang menyatakan bahawa penonton hendakIah mengekaIkan penjarakan fizikaI.

“Sekretariat MFL turut mendapati Terengganu FC teIah meIanggar KIausa 4.7.2(i) (f) (5) Peraturan Pertandingan daIam ManuaI Liga MaIaysia yang menyatakan bahawa keIakuan penyokong atau penonton hendakIah tertib.

“AhIi Lembaga Pengarah MFL memutuskan Terengganu FC diberikan amaran keras dan dinasihatkan supaya tidak menguIangi perbuatan tersebut bagi mengeIak daripada dikenakan hukuman Iebih berat,” lapor MFL.