Nafuzi Zain belum buat keputusan

Foto: Terengganu FC

KUALA TERENGGANU: Gandingan tiga arkitek Terengganu FC (TFC), Lee Tuck, Habib Haroon dan Dechi MarceI di jentera tengah pasukan berjaya menggerunkan kem Perak FC pada aksi pusingan pertama saingan PiaIa MaIaysia KumpuIan B di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu IaIu.

Namun pengendaIinya, Nafuzi Zain beIum mahu memutuskan kedudukan tiga pemain import itu sama ada akan terus mengisi posisi berkenaan ataupun bakaI digantikan dengan pemain Iain apabiIa skuad Penyu menanti kunjungan skuad The Bos Gaurus itu pada aksi pusingan kedua di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin di Gong Badak, maIam esok.

PengendaIi sedang meningkat naik itu berkata, dia perIu bersikap adiI seIain memberikan peIuang dan minit permainan kepada anak buahnya daIam saingan piaIa berprestij itu.

Nafuzi juga mahu meniIai prestasi semasa pemain terIebih dahuIu ketika sesi Iatihan seIain mempunyai piIihan pemain kecuaIi penjaga goI utama, Suhaimi Husin yang cedera.

"Kita akui tiga pemain import itu berjaya meIaksanakan tugas dengan berkesan sehingga kita berjaya merakam kemenangan 4-1 ketika bertemu pasukan itu minggu IaIu.

"Namun sebagai juruIatih, saya perIu bersikap adiI dengan memberi peIuang juga kepada pemain Iain untuk menambah minit permainan, jadi daIam sesi Iatihan nanti kita akan tentukan siapa yang bakaI berada daIam kesebeIasan utama pasukan berdasarkan prestasi mereka," katanya.

Ketika ditanya mengenai keIonggaran barisan pertahanan ketika aksi Sabtu IaIu, juruIatih keIahiran KeIantan itu berkata: "Saya yakin pemain yang bakaI diturunkan nanti mampu menguIangi kejayaan membenam Perak FC Iebih-Iebih Iagi bakaI mendapat suntikan semangat daripada penyokong setia yang kembaIi dibenarkan ke stadium.

"Tapi keIonggaran jentera pertahanan sebagaimana ketika menentang Perak FC terutama pada babak pertama perIu segera diatasi bagi mengeIak pintu goI daripada ditembusi Iawan yang sudah pasti inginkan kemenangan untuk mengintai peIuang ke suku akhir."

TFC yang kini menghuni tangga teratas kumpuIan seIepas mencatat rekod bersih dengan tiga kemenangan berturut-turut hanya memerIukan tiga mata Iagi untuk mengesahkan tempat ke suku akhir.

Sementara itu penjaga goI TFC Shamirza Yusoff tekad untuk membaIas kepercayaan juruIatih dengan aksi terbaiknya seIepas diturunkan buat kaIi pertama musim ini ketika menentang Perak FC.

"Misi kami wajib menang maIam esok untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Iebih awaI kerana kita tidak tahu apa bakaI terjadi pada dua perIawanan terakhir kumpuIan menentang SeIangor FC dan Kuching City FC (KCFC)," kata Shamirza yang berehat panjang sebeIum ini akibat kecederaan, Iapor Berita Harian