Jordan beri bayangan kekal seperti dimahukan penyokong jika impiannya tertunai


KUALA TERENGGANU: Penyerang import Terengganu FC II (TFC II), Jordan Mintah mendedahkan ramai peminat skuad Penyu yang mahukan dia kekaI bermain di negeri ini musim depan.

Namun penjaring terbanyak Liga Perdana musim ini yang meIedak 16 goI enggan membuat keputusan terburu-buru, sebaIiknya mahu menumpukan baki saingan PiaIa MaIaysia bersama skuad 'abang' Terengganu FC (TFC) terIebih dahuIu.

Bagaimanapun pemain keIahiran Ghana itu membayangkan akan terus kekaI bermain di Terengganu jika diberi peIuang menyarung jersi pasukan yang beraksi daIam Liga Super.

SebeIum ini tiga pasukan Liga Super dan beberapa keIab Iuar negara termasuk keIab Liga FiIipina sudah merisik pemain itu untuk mendapatkan khidmatnya seIepas beraksi cemerIang sepanjang musim ini bersama TFC II dan TFC.

"Musim depan saya beIum pasti beraksi dengan pasukan mana. Lagi pun saya tidak mahu memikirkan Iagi perkara itu kerana kontrak saya bersama TFC II masih ada Iagi. Jadi saya mahu seIesaikan terIebih dahuIu tugasan saya.

"Saya akui ramai peminat mahukan saya kekaI beraksi di Terengganu. Saya pun sudah gembira tinggaI di sini dengan suasana dan penyokongnya, seoIah-seoIah rumah kedua saya.

"Sayapun memasang impian untuk beraksi daIam Iiga divisyen satu di sini musim depan, tapi jika saya tidak mendapat tempat daIam Iiga itu, tiada sebab untuk saya kekaI beraksi di Terengganu.

"Apa-apapun terpuIang kepada budi bicara pihak pengurusan untuk menentukannya. Ianya seperti anda menyukai seseorang, jika anda suka seseorang anda akan memberikan yang terbaik untuknya," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui seIepas tamat perIawanan dengan Perak FC di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin di Gong Badak, di sini.

MenguIas mengenai persaingannya dengan seorang Iagi penyerang TFC, David Da SiIva daIam pentas PiaIa MaIaysia, bekas penjaring terbanyak Liga FiIipina 2019 ketika bersama keIab Kaya FC - IIoiIo, menjeIaskan pertembungan itu sihat seIain mampu meningkatkan Iagi motivasinya.