--> Skip to main content

Saya punya misi belum tercapai - Nafuzi Zain


Kuala Terengganu: Masih menjadi tanda tanya terutama bagi peminat pasukan Terengganu FC, tentang masa depan ketua jurulatih Nafuzi Zaian sama ada disambung atau pun tidak.

Nafuzi Zain yang kontraknya akan tamat 3 hari sahaja lagi memberitahu masih menunggu tawaran pelanjutan kontrak daripada Terengganu FC, dan akan beri keutamaan kepada pasukan tersebut namun sedia berunding dengan pasukan lain yang mahukan khidmatnya.

Harapan para peminat Terengganu FC mahukan khidmat jurulatih ini disambung sekurang-kurangnya sehingga musim hadapan.

Nafuzi juga memberitahu kepada Astro Arena bahawa misinya belum tercapai, sebagaimana maklum bahawa pemain-pemain yang baru sahaja menyertai pasukan tahun ini belum cukup matang, sekurang-kurangnya pengalaman tahun ini digunakan musim akan datang.



Tarikh Artikel: 27 November 2021
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...