Nafuzi Zain dijangka kekal kemudi Terengganu musim 2022

Foto: MFL
Kuala Terengganu: Terengganu FC sampai ke hari ini belum mengumumkan bahawa Nafuzi Zain kekal atau tidak untuk mengemudi pasukan itu untuk musim 2022.

Mengikut sumber memberitahu Terengganu 11, Nafuzi akan menurunkan tandatangan untuk perlanjutan kontrak bagi musim 2022, dan mengikut sumber di Twitter Avineshwaran juga berkata jangkaan pun sebegitu.

** Kemaskini terbaru daripada wartawan Astro Arena menyatakan Nafuzi dikekalkan!

Dengan khabar baik ini, diharap Nafuzi boleh meneruskan misi dalam persiapan pasukan untuk musim 2022, dimana sebelum ini beliau nampaknya sedikit sebanyak sudah merancang sesuatu untuk musim hadapan.

Khabar ini jika tepat bakal melegakan peminat skuad Hitam Putih ini apabila mereka sebelum ini meluahkan bahawa Nafuzi patut diberi peluang sekurang-kurangnya satu musim lagi.

Skuad penyu sudah kehilangan seorang pemain pertahanan, Muhammad Mohd Faudzi yang mengumumkan meninggalkan pasukan itu dan akan berhijrah ke pasukan lain untuk musim hadapan dan dikhabarkan Nasir Basharuddin juga akan mengikut jejak langkah Muhammad yang dikatakan akan berhijrah ke pasukan berpengkalan di Lembah Klang.

Musim ini Terengganu FC yang dikatakan dengan bajet yang rendah daripada musim lepas, mampu mencabar disaingan Liga Super dan Piala Malaysia, dikedudukan tangga keempat dan empat terbaik selepas tewas di tangan Johor DT di separuh akhir.

Terengganu FC yang dibelenggu masalah ketajaman dibahagian serangan dikatakan sedang berunding dengan penyerang Kedah Darul Aman, iaitu Kpah Sherman dan juga seorang lagi pemain iaitu Rabih Ataya.

Pemain import yang kekal ialah Jordan Mintah, Habib Haroon  manakala Argzim Redzovic, Dechi Marcel, serta Petrus Shitembi masing-masing akan ditawarkan kontrak lanjutan mengikut sumber yang diperolehi.

Namun pemain tengah Terengganu FC (TFC), Dechi MarceI kini 'panas' dikaitkan dengan spekuIasi pasukan Kedah DaruI Aman FC (KDA FC) seIepas skuad Hijau Kuning itu dikatakan mahu mencari beberapa import berpengaIaman daIam Liga MaIaysia untuk aksi saingan Liga MaIaysia dan PiaIa AFC pada musim depan.

Meskipun beIum ada makIumat rasmi berkaitan penghijrahan pemain keIahiran Ivory Coast berusia 30 tahun yang digeIar Kante Ganu itu, namun meIaIui sumber yang berIegar setakat ini, nama MarceI kini dikatakan berada daIam radar skuad Hijau Kuning yang mahu menguatkan corak permainan di ruang tengah.

Pemain import yang tidak disambung kontrak ialah David Da Silva, Makan Konate dan Carli De Murga dan dikatakan dua pemain Filipina sedang dirunding oleh Terengganu FC bagi menguatkan pasukan utama dan TFC II.