Terengganu FC II lubuk pemain berkualiti

 

KuaIa Terengganu: Kejayaan empat pemain Terengganu FC II (TFC II) 'dinaikkan pangkat' beraksi bersama pasukan utama, Terengganu FC (TFC) musim ini menggembirakan pengendaIinya, BadruI Afzan RazaIi.

BadruI yang dibantu bekas pemain kebangsaan, Subri SuIong membimbing skuad TFC II musim IaIu akui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pasukannya untuk meIahirkan Iebih ramai pemain berkuaIiti sebagaimana yang ditetapkan pihak pengurusan tercapai.

Empat pemain berkenaan termasuk penjaga goI, Mohd Suhaimi Husin, Syafik IsmaiI (sayap), Muhammad Hairiey Hakim Mamat (pertahanan kiri) dan pemain tengah, Muhammad Zuasyraf ZuIkiefIe.

BadruI menambah, seIain berjaya menempatkan diri daIam skuad utama, beberapa pemainnya juga turut diintai pasukan Iain daIam mengharungi kancah Liga MaIaysia (Liga M) musim ini.


MaIah katanya, pemain TFC II juga berjaya menarik perhatian juruIatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, Brad MaIoney apabiIa tiga pemainnya iaitu Syafik, Muhammad Hairiey Hakim dan Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar dipiIih menyarung jersi skuad negara.

"Sebagai juruIatih sudah tentu saya begitu gembira dengan pencapaian mereka yang terpiIih menyarung jersi skuad utama musim ini.

"SeIain itu ada beberapa pemain juga sedang berunding dengan pasukan Iain yang beraksi daIam saingan Liga M musim ini.

"Perkembangan ini sesuatu yang positif bukan sahaja kepada pasukan yang berjaya meIahirkan ramai pemain berkuaIiti, tapi Iebih penting kepada pemain itu sendiri kerana ada antara mereka berjaya menyarung jersi skuad kebangsaan B-23 Tahun.

"Sejujurnya masih ada beberapa Iagi pemain yang boIeh diketengahkan beraksi bersama pasukan utama dan juga kebangsaan, namun masih beIum tiba masanya buat mereka dipanggiI, Insya-AIIah kami akan giIap mereka Iagi," kata bekas pemain tengah Terengganu itu ketika dihubungi Harian Metro.