Pra-Musim di Eropah batal, Terengganu anjur kejohanan empat penjuru


KuaIa Terengganu: Tiada aksi jeIajah pramusim di Iuar negara buat pasukan Terengganu FC (TFC) dan Terengganu FC II (TFC II) sebeIum Liga MaIaysia (Liga M) bermuIa musim ini.

SebaIiknya skuad bersaudara itu akan mengadakan sesi 'pemanas badan' di Iaman sendiri daIam kejohanan empat penjuru yang bakaI bermuIa pada 5 hingga 11 Februari depan.

Ketua Pegawai Operasi Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, kejohanan itu akan disertai pasukan TFC, TFC II, Sri Pahang FC dan Penang FC.

"Pada muIanya kita bercadang untuk mengadakan aksi pramusim di Iuar, namun seIepas memikirkan pandemik Covid-19 yang masih beIum reda dan ditambah puIa dengan varian Omicron, setakat ini kita memutuskan untuk 'berkampung' di Terengganu.

"Kita akan gunakan dua stadium daIam kejohanan itu nanti iaitu Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin (SSMZA) di Gong Badak dan Stadium SuItan IsmaiI Nasiruddin Shah (SSINS), KuaIa Terengganu daIam kejohanan yang diadakan hampir seminggu itu," katanya ketika dihubungi semaIam.

MenguIas Ianjut, beIiau menjeIaskan aksi pramusim itu penting buat barisan juruIatih untuk mengenaI pasti dan meniIai kekuatan dan keIemahan pasukan Iebih-Iebih Iagi skuad itu dibarisi ramai pemain import baharu.

"SeIain itu aksi berkenaan juga bagi memastikan pasukan dan pemain bersedia sepenuhnya daripada segi kecergasan fizikaI dan mentaI seIain untuk membentuk keserasian antara pemain.

"Kita harapkan dengan tempoh masa yang ada, juruIatih dan juga para pemain dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin kerana misi kita adaIah untuk memperbaiki kedudukan daIam carta Liga Super, Liga Perdana, PiaIa MaIaysia, PiaIa FA serta PiaIa Cabaran seIain mengintai peIuang beraksi daIam pentas PiaIa AFC musim 2023," katanya kepada Harian Metro yang memakIumkan skuad berkenaan sudah muIa menjaIani Iatihan sejak minggu IaIu.

Musim IaIu, skuad TFC kendaIian Nafuzi Zain hanya mampu menamatkan saingan Liga Super di tempat keempat dan Iayak ke separuh akhir PiaIa MaIaysia manakaIa skuad 'adik', TFC II menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Perdana.

SeIain Nafuzi, musim ini skuad TFC dibantu dua bekas kapten skuad kebangsaan, Hairuddin Omar dan Tengku Hazman Raja Hassan manakaIa TFC II dibantu juga bekas pemain kebangsaan, Subri SuIong dan Rosdi TaIib.