Padang bola sepak KT City Arena di Batu Buruk dijangka siap Mac 2022

 


Kuala Terengganu: Ilustrasi Akhir Padang KTC Arena - Jangkaan Siap Pada Mac 2022

Inilah gambaran padang yang bakal dibina di Pantai Batu Buruk dibawah kendalian KT City Football Sdn Bhd.

Padang ini kami berikan nama KTC Arena - KT City

Proposal kami telah berjalan lebih daripada setahun yang lalu selepas pkp pertama.

Namun, disebabkan berlakunya PKP lagi selepas itu jadi berlakunya penangguhan dalam merealisasikan impian ini.

Alhamdulillah, pada Dec 2021 kerja-kerja awalan di lokasi berkenaan telah berjalan dan sekarang kami dalam proses untuk menjalankan kerja-kerja penuh.

Kami Juga Pemain Bola Seperti Anda

Impian kami untuk membina padang ini bukan kerana bisnes semata-mata.
Apa kekurangan ditempat lain kami cuba perbaiki dah diterjemahkan di KTC Arena.
Perkhidmatan yang kami cuba lengkapkan sebaik mungkin secara berperingkat.
Antaranya kemudahan:
1. Cafe
2. Tandas & Tempat Mandi
3. Bilik Persalinan
Perkhidmatan:
1. Referee
2. Fotogpraphy
3. Videography
4. Penyediaan minuman (mineral/air tenaga) & Ais
Kami cuba untuk menjadikan KTC Arena tempat untuk anda bermain hanya bawa "Diri & Boots"
Selebihnya anda boleh dapatkan di KTC Arena dan fokus hanya untuk perlawanan.

Sokongan Anda
Tanpa sokongan anda kami tiada apa-apa.