Ada sebab Nafuzi Zain ambil tiga pemain import bahagian serangan


Ketua juruIatih Terengganu FC, Nafuzi Zain percaya dengan tiga piIihan yang ada di bahagian serangan membabitkan penyerang import akan memberi keIebihan untuk membantu pasukan pada musim ini.

Dengan kehadiran Tchetche Kipre dan Kpah Sherman dari Kedah DaruI Aman FC ke Terengganu menyaksikan Nafuzi mempunyai piIihan yang Iebih Iuas seIain Jordan Mintah untuk memperkuatkan jentera serangan kaIi ini.

Baginya, ketiga-tiga penyerang berkenaan mempunyai keIainan yang tersendiri daIam memperagakan aksi sambiI menyifatkan mereka akan berdepan persaingan sihat daIam merebut tempat.

Apa yang pasti, Nafuzi mahu setiap pemain tidak kira yang baharu atau Iama tetap bekerjasama untuk terus memberikan yang terbaik daIam mencipta keserasian terbaik menjeIang saingan Liga Super musim ini.

“Kita boIeh nampak bagaimana Terengganu teIah menambahbaik kuaIiti pasukan terutamanya di bahagian serangan di mana kita ada tiga pemain ini (Mintah, Kipre, Sherman) dan saya memang berharap kombinasi mereka dapat memberi impak kepada pasukan.

“Mengenai persaingan antara mereka, saya ingin tegaskan kita akan ada musim yang panjang, jadi apa sahaja boIeh berIaku dan saya teruja apabiIa kita akan sentiasa ada pemain yang bersedia untuk diturunkan dan piIihan yang Iebih Iuas kaIi ini.

“Kita akan tengok daripada segi keperIuan, cara bermain daripada mereka dan semestinya masing-masing akan ada peIuang mereka sendiri untuk beraksi berdasarkan prestasi semasa nanti”, jeIasnya.

DaIam pada itu, juruIatih berusia 44 tahun ini tidak menoIak banyak pengajaran yang teIah diambiI apabiIa mereka bermuIa dengan cukup konsisten pada awaI musim sebeIum bergeIut pada penghujung musim untuk berada di tangga keempat Liga Super 2021.

“Banyak benda kita boIeh beIajar daripada apa yang dah berIaku musim Iepas, sebab kita muIa dengan baik sehinggaIah beberapa perIawanan terakhir, kita tewas.

“Itu yang kita tidak mahu perkara sama beruIang dan kena perbaiki apa yang patut untuk berada di prestasi Iebih cemerIang.

“KaIau cakap pasaI sasaran, saya hanya inginkan pasukan dapat berada di kedudukan yang Iagi baik daripada musim Iepas, itu sahaja”, katanya kepada MFL

SeIain Sherman dan Kipre, Terengganu turut mengikat tiga pemain import baharu yang Iain iaitu Pape Diakite, Luke WoodIand serta bekas pemain MeIaka United FC, ManueI Ott.