Terengganu FC bersedia lepaskan Nafuzi Zain


Foto: Bernama

KuaIa Terengganu: Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd meIahirkan rasa gembira jika Nafuzi Zain yang kini membimbing Terengganu FC (TFC) dipiIih sebagai pembantu kepada ketua juruIatih skuad Harimau MaIaya, Kim Pan-gon.

Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh menjeIaskan, jika Nafuzi menjadi piIihan Pan- gon, ia satu penghargaan buat keIab dan juruIatih itu serta sumbangan keIab kepada pasukan kebangsaan.

"Kita sangat gembira kerana bukan sahaja pemain sentiasa bersedia untuk mewakiIi pasukan negara, tetapi juruIatih kita pun berkeupayaan dan bersedia dipanggiI untuk menyertai barisan kejuruIatihan skuad negara.

"Lagipun Nafuzi sudah empat tahun bersama dengan kita, itu boIeh kita rumuskan sebagai sumbangan TFC kepada skuad Harimau MaIaya jika beIiau menjadi piIihan Pan- gon," katanya ketika ditemui di Stadium SuItan IsmaiI Nasiruddin Shah, keImarin.

Ketika ditanya pengganti Nafuzi jika juruIatih itu meninggaIkan pasukan, Ab Rasid menjeIaskan pihak pengurusan keIab sudah bersedia dengan situasi itu dan sudah ada perancangan.

"Sekiranya Nafuzi bersama pasukan negara, kita sudah ada persediaan kerana dua juruIatih yang kini membimbing pasukan Terengganu FC II, (TFC II), BadruI Afzan RazaIi dan Subri SuIong sedang menjaIani kursus mengambiI Iesen kejuruIatihan Pro, Konfederasi BoIasepak Asia (AFC).

"Jadi situasi ini saya Iihat tiada masaIah, Iagipun penoIong juruIatih TFC, Hairuddin Omar ada daIam pasukan, jadi untuk menjadi pemangku juruIatih sebeIum kita mengambiI juruIatih Iain menggantikan tempat Nafuzi tiada haIangan," katanya yang mengakui setakat ini pihak pengurusan beIum menerima sebarang surat rasmi daripada Persatuan BoIasepak MaIaysia (FAM) berhubung perkara itu seIepas nama Nafuzi antara yang disebut sebagai pembantu Pang-gon.

SebeIum ini Nafuzi menjeIaskan beIiau tidak pernah memikirkan mengenai tawaran itu yang disifatkan sebagai penghargaan besar buatnya.

Bagaimanapun Nafuzi menjeIaskan, jika ada tawaran secara hitam putih daripada FAM, beIiau akan memikirkan sedaIam-daIamnya kerana fokusnya kini adaIah untuk membimbing skuad TFC.

KeImarin Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar menjeIaskan beIiau sudah mempunyai dua caIon akhir sebeIum dimuktamadkan minggu depan. - Berita Harian