Thierry Chanta Bin teruja aksi akhir peringkat kumpulan Sukan SEA

 


Phnom Penh : Bekas pemain import Terengganu  FC, Thierry Chanta Bin (@TCBIN93) teruja untuk menyaksikan aksi akhir peringkat kumpulan acara Bola Sepak Sukan SEA petang ini, yang menemukan pasukan muda Negaranya dengan Malaysia.

Beliau mengatakan tentunya perlawanan terakhir ini bakal menarik apabila kedua-dua pasukan mempunyai pemain muda berbakat sambil menyifatkan pasukan Negaranya perlu berjaga-jaga dengan pemain muda dari Terengganu FC, iaitu Nik Akif Syahiran dan Syafik Ismail yang lincah mengkucar-kacir pertahanan lawan, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain-pemain Terengganu FC yang mewakili pasukan Malaysia.

Bagi pasukannya pula, beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain muda dari kelab yang diwakilinya sekarang ini iaitu Visakha FC.

Ramalan beliau tentang perlawanan ini akan berkesudahan seri disamping dapat melihat permainan yang menarik dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Thierry Chanta Bin sebelum ini mejadi pemain import bagi kuota Asia Tenggara untuk Terengganu pada musim 2018 dan 2019 selepas itu ke Sukhothai Liga Thai, seterusnya kembali ke Liga Malaysia dengan menyertai Perak pada musim 2020.

Beliau kini kembali beraksi bersama kelab Visakha FC di kampung halamannya di Kemboja.