Thierry Chanta Bin bangga Kelab Kemboja pilih Terengganu untuk aksi persahabatan

Photo: Phnom Penh Crown FC
Kemboja: Bekas pemain import Terengganu FC, Thierry Chanta Bin (@TCBIN93) bangga kelab dari negaranya memilih bekas pasukannya untuk mengadakan perlawanan persahabatan bagi persiapan untuk kejohanan Piala AFC tidak lama lagi.


Belia berkata  kelab Phnom Penh Crown FC ini adalah antara pasukan yang pernah mengadakan persahabatan dengan Terengganu FC, semasa jelajah pra-musim di Kemboja pada tahun 2018.



Terengganu FC tewas 2-1 pada perlawanan tersebut dengan jaringan tunggal daripada Lee Tuck.

Dengan perkembangan ini, beliau gembira kerana kelab Kemboja dan Malaysia boleh membantu antara satu sama lain.

Thierry Chanta Bin mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan dan memohon penyokong mendoakan yang terbaik buat pasukan masing-masing.