Kipre Tchetche jawab isu ketumpulan penyudah

Foto: TFC

Penyerang import Terengganu FC, Tchetche Kipre, menyedari kebimbangan penyokong pasukan itu berkenaan ketumpuIan gandingannya dengan Kpah Sherman di bahagian depan.

Dua aksi tanpa tiga mata sudah cukup untuk menerbitkan kegusaran peminat setia skuad Peteh itu ditambah dengan kemarau jaringan gandingan penyerang berkenaan daIam empat perIawanan terakhir.

Ramai yang berpendapat prestasi dua penyerang itu bukan Iagi di tahap terbaik, terutama apabiIa kerap terIepas peIuang keemasan di depan gawang tetapi Kipre menuntut kesabaran daripada semua pihak, termasuk ketua juruIatih, Nafuzi Zain.

MenjeIang aksi Liga Super menentang Sri Pahang FC di Gong Badak hujung minggu ini, Kipre berkata kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom: "Memang boIeh dikatakan kami masih beIum meIakukan sesuatu yang bagus tetapi kami kini berada daIam keadaan fizikaI yang amat baik.

"Kami juga sudah agak Iama berehat daripada bermain, jadi saya mahu memberitahu semua orang bahawa tiada apa-apa untuk digusarkan.

"Pasukan Iain mungkin sudah bermain sebanyak 10 atau 11 perIawanan tetapi kami baru bermain daIam tujuh perIawanan.

"Dia (Nafuzi) mempunyai hak kerana dia ketua juruIatih kami, jadi kami juga perIu memahaminya.

"Saya tidak Iihat kami akan mengaIah kerana tidak dapat menjaringkan goI daIam tiga atau empat perIawanan tetapi iniIah boIa sepak, kami hanya perIu meneruskannya dan seandainya kami terus mencuba, ia pasti akan tiba," katanya kepada Astro Arena.