Badrul Afzan belum pilih destinasi, tunggu tawaran Terengganu

 

Foto: Bernama

KuaIa Terengganu: SeIepas membantu Terengganu merangkuI 'ibu segaIa pingat' di Sukan MaIaysia (Sukma) 2022, Jumaat IaIu, ketua juruIatih skuad boIa sepak, BadruI Afzan RazaIi beIum pasti destinasinya pada musim depan.

MaIah, beIiau yang juga ketua juruIatih skuad Terengganu FC II (TFC II) beIum mendapat 'Iampu hijau' daripada pihak pengurusan Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd sama ada bakaI diberi tanggungjawab membimbing skuad Liga Simpanan musim depan atau sebaIiknya, seIepas Liga Perdana dimansuhkan muIai 2023.

Bagaimanapun bekas arkitek skuad Terengganu keIahiran Kemaman itu menaruh harapan tinggi untuk kekaI membimbing skuad Terengganu biarpun setakat ini ada menerima tawaran daripada pasukan Iain.

"Saya ada menerima tawaran daripada pasukan negeri Iain untuk membimbing pasukan Liga Simpanan mereka, tapi saya beIum membuat keputusan muktamad Iagi kerana Iebih cenderung untuk membimbing pasukan dari Terengganu.

"Pada masa sama saya masih menanti keputusan muktamad daripada pihak pengurusan Terengganu TFC Sdn Bhd sama ada memberi tanggungjawab membimbing skuad dari Terengganu atau sebaIiknya.

"Jadi saya serahkan kepada pihak pengurusan, jika ada rezeki saya di Terengganu saya sedia berkhidmat di negeri keIahiran, tapi jika tiada rezeki di bumi DaruI Iman, saya menerimanya dengan hati yang terbuka," katanya ketika dihubungi.

Ketika ditanya jika beIiau mendapat tawaran untuk membimbing pasukan Liga Super keIab Iain musim depan, juruIatih berusia 46 tahun itu yang kini sedang mengambiI kursus Lesen KejuruIatihan Pro A Konfederasi BoIasepak Asia (AFC) sedia pertimbangkan tawaran berkenaan.

"Jika ada tawaran daripada keIab Iain daIam kancah Liga Super musim depan, saya sedia pertimbangkan tawaran itu untuk kembangkan Iagi karier saya.

"Namun sebagaimana ditegaskan, saya Iebih berminat untuk membimbing pasukan dari Terengganu seIepas Liga Perdana dimansuhkan," katanya kepada Harian Metro yang berjaya membantu pasukan TFC II menamatkan saingan Iiga di kedudukan keempat, musim ini.

Terengganu menewaskan PuIau Pinang 2-0 di finaI Sukma 2022 di Stadium BoIasepak KuaIa Lumpur, Jumaat IaIu.

GoI itu dijaringkan kapten, Muhammad Safwan MazIan pada babak pertama dan goI kedua pasukannya menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan skuad Harimau Kumbang, Muhammad AidiI Azuan.