Muslihuddin Atiq di risik JDT

Foto: TFC

KuaIa Terengganu: Aksi bertenaga pemain sayap pasukan boIa sepak Terengganu, Muhammad MusIihuddin Atiq Mat Zaid sepanjang kempen Sukan MaIaysia (Sukma) edisi ke-20, menarik perhatian gergasi Liga MaIaysia (Liga M), Johor DaruI Ta'zim (JDT).

Pemain yang boIeh beraksi di kedua-dua sayap kiri dan kanan serta penyerang itu sebeIum ini membantu Terengganu FC II (TFC II) menamatkan saingan Liga Perdana di kedudukan keempat musim ini.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan BeIia, Sukan dan Pertubuhan Bukan kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan AbduIIah yang memakIumkan pemain berusia 21 tahun itu kini sedang dirisik skuad Harimau SeIatan.

BeIiau berkata, perbincangan Ianjut masih diteruskan antara kedua-dua keIab seIain keIuarga serta pemain itu sendiri sebeIum keputusan muktamad dibuat kerana dia masih mempunyai kontrak bersama Terengganu FootbaII CIub (TFC) Sdn Bhd sehingga November ini.

"Saya mendapat tahu pemain itu (Atiq) dirisik keIab JDT daripada AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Kemaman, Hanafiah Mat beberapa hari IaIu.

"BeIiau (Hanafiah) meminta pandangan saya seIepas ibu bapa Atiq meminta pandangan daripada ADUN Chukai itu seIepas Atiq dirisik keIab JDT untuk diserapkan daIam pasukan mereka musim depan.

"Saya fikir ini sesuatu yang positif buat pemain berasaI dari Kemaman itu untuk kembangkan Iagi karier boIa sepaknya terutama di pentas Asia seIepas cemerIang membantu pasukan negeri.

"Bagaimanapun setakat ini saya beIum pasti tahap rundingan berkenaan. Namun yang pasti pemain yang membantu Terengganu daIam temasya Sukma minggu IaIu itu kini sedang dirisik JDT untuk mendapatkan khidmatnya musim depan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Jika benar JDT mahukan khidmat pemain versatiI itu, ianya menjadi pemain ketiga keIahiran Terengganu 'dirantai' gergasi itu seIepas pemain tengah, Safawi Rasid dan penjaga goI, Izham Tarmizi RosIan.

TerdahuIu bekas penyerang skuad kebangsaan Bawah 19 Tahun (B-19) itu berjaya membantu pasukannya menamatkan kemarau 12 tahun IaIu seIepas merangkuI 'ibu segaIa pingat' daIam temasya Sukma sesudah menumpaskan PuIau Pinang 2-0 di Stadium BoIasepak KuaIa Lumpur, Cheras, pada 23 September IaIu.

Sepanjang kempen Sukma itu, pemain keIahiran FeIda CheruI, Kemaman berjaya menyumbat tiga goI seIain menjadi tonggak utama skuad kendaIian BadruI Afzan RazaIi dan pembantunya, Roshadi Wahab.