--> Skip to main content

Presiden PBSNT jawab isu Faisal Halim

Foto: Media MB Terengganu

Kuala Terengganu: Selesai Kongres PBSNT 2022 sebentar tadi, Presiden PBSNT dan juga Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menjawab persoalan isu hangat, tentang pemotongan gaji terhadap bekas pemain Terengganu iaitu Faisal Halim.

Beliau memberitahu supaya Faisal Halim menghantar apa jua surat atau rayuan secara rasmi untuk dipertimbangkan dan diteliti semula dan turut menegaskan apa yang salah tetap salah.

Saksikan temubual penuh berkenaan isu terbabit dibawah:

Video: Media MB Terengganu

Selain itu didalam Kongres tersebut membincangkan untuk mempergiatkan pembangunan bola sepak Negeri Terengganu, PBSNT akan memperkenalkan Terengganu Football League (TFL) di pelbagai peringkat. 

"Sebelum ini kita hanya ada TFL Piala YAB Menteri Besar Terengganu, tetapi untuk tahun 2023, kita akan perkenalkan TFL Super League, TFL Premire League, TFL U16 dan TFL U12 agar bakat-bakat baru di peringkat akar umbi dapat dicungkil", katanya.

Oleh itu, penglibatan semua pihak termasuk ahli-ahli gabungan di setiap daerah amat diperlukan untuk memajukan sukan bola sepak di Negeri Terengganu.

Tarikh Artikel: 26 December 2022
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...