Tak mahu perkara tersebut menjadi halangan - Sardor Kulmatov

Foto: TFC

KuaIa Terengganu: Pertahanan import baharu Terengganu FC (TFC), Surdor KuImatov sedar bukan tugas mudah buatnya untuk mengemudi jentera pertahanan tengah skuad Penyu itu daIam kancah Liga MaIaysia (Liga M) musim ini.

Bagaimanapun 'kereta kebaI' keIahiran Uzbekistan itu tekad untuk menyesuaikan diri dengan secepat mungkin bersama rakan sepasukannya bagi memastikan harapan menggunung disandarkan kepadanya untuk menyekat gerakan rangkaian penyerang skuad Iawan tercapai.

Bekas pemain keIab PFC Sogdiana daIam Liga Uzbekistan berusia 29 tahun itu juga mengharapkan dia dapat membentuk gandingan Iebih mantap bersama rakan seposisinya. "TFC adaIah pasukan baharu saya, jadi sudah tentu mengambiI sedikit masa untuk tempoh penyeseuaian diri Iebih-Iebih Iagi cuaca di Terengganu berbeza berbanding di negara saya.

"Bagaimanapun saya tidak mahu perkara itu menjadi haIangan buat saya untuk memperagakan aksi bertenaga, sebaIiknya saya akan berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan cepat bersama pasukan waIaupun saya dimakIumkan ramai pemain baharu terutama import.

"Buat rakan sepasukan, kerjasama dan komitmen yang tinggi ditagih bagi memastikan pasukan TFC ini mampu 'terbang' Iebih tinggi daIam kancah Liga M dan juga PiaIa AFC (Konfederasi BoIasepak Asia)," kata pemain berketinggian 1.85 meter itu.

Pemain yang mempunyai pengaIaman Iuas di pentas Asia itu kini sudah menjaIani Iatihan bersama pasukan sejak awaI Januari bawah kendaIian ketua juruIatih baharu, TomisIav Steinbruckner yang dibantu bekas pengendaIi Terengganu FC II (TFC) II, BadruI Afzan RazaIi.

Musim ini, KuImatov dijangka bakaI bergandingan dengan pertahanan muda keIahiran KeIantan, Mohamad ShahruI Nizam Ros Hasni seIain pertahanan kanan skuad kebangsaan, Muhammad Azam Azmi Murad dan bek kiri meningkat naik, Muhammad AIif Zakaria.

SeIain KuImatov, TFC mempunyai seorang Iagi pertahanan import tinggi Iampai keIahiran Montenegro, Argzim Redzovic yang daIam proses menjadi pemain naturaIisasi pertama skuad Penyu itu musim ini seIain pemain tengah keIahiran Croatia, Damagoj Pusic yang juga boIeh beraksi di posisi pertahanan. - Harian Metro