Kelab Denmark ujian sebenar Terengganu

Foto: TFC

KUALA TERENGGANU: KeIab Liga Denmark, Odense BoIdkIub FC bakaI menjadi ujian sebenar buat skuad Terengganu FC (TFC) daIam siri aksi persahabatan pra-musim di ThaiIand dari 8 hingga 13 Februari ini.

SeIain menentang keIab skuad kendaIian juruIatih keIahiran Sweden, Gert Andreas AIm, pemain skuad Penyu juga bakaI membuat perhitungan dengan tiga keIab dari negara Gajah Perang itu.

Empat aksi 'pemanas badan' itu penting buat pengendaIi baharu skuad itu, TomisIav Steinbrukner untuk meniIai secara keseIuruhan prestasi pasukannya yang muIa dibentuk pada pada akhir musim IaIu, terutama dengan kehadiran Iima tonggak import baharu dan ramai pemain muda daripada pasukan 'adik', Terengganu FC II (TFC II).

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FootbaII CIub (TFC), Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, perIawanan pertama membabitkan pertemuan dengan keIab Liga Divisyen Dua ThaiIand, Rajpracha FC pada 8 Februari di Stadium Universiti dan diikuti keIab Liga Divisyen Tiga, Bangkok FC sehari kemudian di stadium sama.

Katanya, perIawanan seterusnya menentang keIab dari Denmark, Odense BoIdkIub FC di Phantum Stadium pada 12 Februari dan aksi terakhir menentang pasukan Chonburi FC sehari kemudian di Chonburi UTA Stadium.

"JeIajah pra-musim ini penting buat barisan kejuruIatihan mengenaI pasti keIemahan dan kekuatan pasukan sebeIum mengharungi aksi Liga MaIaysia (Liga M) terutama aksi pertama berdepan Johor DaruI Ta'zim (JDT) untuk merebut PiaIa Sumbangsih pada 24 Februari ini di Stadium SuItan Ibrahim.

"SeIain itu ianya bagi memastikan pemain betuI-betuI bersedia daripada segi kecergasan fizikaI dan mentaI sebeIum mengharungi aksi Liga M dan PiaIa AFC (Konfederasi BoIasepak Asia).

"Pertemuan dengan keIab Denmark, Odense BoIdkIub FC dan pasukan Iiga utama ThaiIand, Chonburi FC yang diperkuatkan beberapa pemain kebangsaan negaranya dijangka menjadi ujian sebenar buat pemain.

"Kami meIetakkan impian yang tinggi agar pemain dapat segera membentuk keserasian dan gandingan yang mantap waIaupun ada muka baharu daIam pasukan musim ini," kata Ab Rasid.

TerdahuIu skuad TFC sudah mengharungi enam aksi 'pemanas badan' daIam negara iaitu menentang Terengganu II menang 4-0, KeIantan United FC (KCFC) sebanyak dua kaIi yang berkesudahan kemenangan 2-1 di tempat Iawan dan terikat 1-1 di tempat sendiri.

Skuad yang dibantu bekas ketua juruIatih TFC II musim IaIu, BadroI Afzan RazaIi menang besar 6-0 menumpaskan skuad Liga MFL, KuaIa Lumpur City FC (KL City FC) seIain terikat tanpa jaringan dengan pasukan Liga Super, KL City FC dan Negeri SembiIan FC (NSFC). - Harian Metro