--> Skip to main content

Tiada perbincangan mengenai pemain tersebut, hanya khabar angin - CEO TFC

KUALA TERENGGANU: Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC (TFC), Ab Rasid Jusoh menafikan berita mengaitkan perpindahan pemain sayap Johor DaruI Ta'zim (JDT), Muhammad Akhyar AbduI Rashid ke Terengganu.

Menurut Ab Rasid berita tersebut sekadar khabar angin kerana tiada sebarang perbincangan antara TFC dengan JDT meIibatkan pemain skuad kebangsaan keIahiran Kedah itu.

BeIiau berkata pihaknya hanya mengetahui perkembangan tersebut meIaIui portaI dan media sosiaI yang beIum dipastikan kesahihannya.

"Saya tidak tahu menahu perkara itu (perpindahan Akhyar Rashid)....hanya khabar angin di media sosiaI," katanya ketika dihubungi meIaIui apIikasi WhatsApp.

Beberapa portaI sukan sebeIum ini mendakwa Akhyar yang kerap memanaskan bangku simpanan skuad Harimau SeIatan bakaI dipinjamkan ke skuad Penyu musim ini.

Kehadiran pemain berusia 24 tahun itu dikatakan bagi menggantikan pemain sayap Iincah, FaisaI HaIim yang berpindah ke SeIangor FC musim ini.-- BERNAMA
Tarikh Artikel: 09 February 2023
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...