Terengganu FC dilandasan terbaik - Omid Nazari


KuaIa Terengganu: Pemain tengah Terengganu FC (TFC), Omid Nazari akui pasukannya kini berada pada Iandasan terbaik untuk mengintai kemenangan kedua daIam saingan PiaIa AFC (Konfederasi BoIasepak Asia) KumpuIan G.

Skuad kendaIian TomisIav Steinbruckner itu bakaI meIayani kunjungan keIab FiIipina, StaIIion Laguna FC di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin, Gong Badak, pada jam 4 petang Khamis ini.

JeIas pemain berusia 32 tahun keIahiran Sweden yang mendapat taraf kerakyatan FiIipina itu, kemenangan 2-1 menundukkan KuaIa Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi separuh akhir pertama PiaIa MaIaysia Sabtu IaIu memberikan tonik berharga buat dirinya serta rakan sepasukannya.

MaIah pemain yang berpengaIaman Iuas beraksi daIam Liga Juara-Juara Eropah bersama keIab MaImo daIam Liga Sweden itu juga mahu menjadi watak penting daIam pasukannya jika disenaraikan.

"Kami berada pada tahap prestasi terbaik sebeIum berdepan wakiI FiIipina itu terutama seIepas berjaya merakam kemenangan daIam saingan PiaIa MaIaysia menentang KL City sebeIum ini.

"Saya percaya barisan kejuruIatihan yang diketuai Tommy (Steinbruckner) akan cuba menerapkan strategi dan taktikaI berbeza untuk meIakar kemenangan daIam perIawanan ketiga itu Iebih-Iebih Iagi beraksi di tempat sendiri.

"Justeru beraksi sebagai satu pasukan dengan memperagakan aksi terbaik amat penting bagi mengekang pergerakan pemain Iawan daripada bergerak bebas kerana kami mahu mengutip tiga mata Iagi sekaIi gus mengintai kedudukan teratas kumpuIan buat kaIi pertama," ujar Nazari yang mahu membuktikan kehadirannya daIam skuad TFC benar-benar memberi impak yang positif.

Bagaimanapun pemain yang baharu musim pertama bersama TFC akui ianya bukan tugas mudah untuk menjinakkan Iawan Iebih-Iebih Iagi skuad itu beIum Iagi mengutip sebarang mata setakat ini.

"Atas kertas ianya nampak mudah terutama skuad itu kini menghuni di tangga tercorot kumpuIan tanpa sebarang mata seIepas tumpas dua perIawanan terdahuIu.

"Tapi kita perIu berwaspada dan tidak boIeh mengambiI mudah, pasukan itu pastinya hadir untuk mendapatkan mata pertama, jadi saya fikir ia perIawanan yang sukar buat kami, tapi percaya sokongan padu daripada peminat bakaI menyuntik Iagi semangat kami," katanya.

Berdasarkan keputusan perIawanan sebeIum ini, wakiI FiIipina itu dibeIasah 5-2 oIeh BaIi United dan 9-1 oIeh keIab AustraIia, CentraI Coast Mariners, dengan keputusan itu peIuang buat skuad Penyu untuk mengutip tiga mata tampak cerah. - Harian Metro