Presiden PBSNT kongsi perkembangan terkini Akhyar Rashid

Foto: FB YB Hishamuddin Abdul Karim

Kuala Terengganu: Sejak kejadian samun menimpa Akhyar Rashid minggu lalu, ramai bertanyakan keadaan terkini pemain tersebut, berikut perkongsian daripada YB Hishamuddin Abdul Karim iaitu Exco Pembangunan Belia, Sukan & NGO Terengganu merangkap Presiden PBSNT di laman sosial facebooknya.

Ada ramai yang bertanyakan pasal Akhyar Rasyid @ Mat Yat sejak insiden 2 Mei yang lalu. Samada wartawan, peminat sukan mahupun orang ramai.

Ini gambar beberapa hari selepas kejadian. Fizikal Mat Yat, alhamdulillah sihat. Beberapa luka tempohari makin semboh. Rasa trauma itu pastinya masih ada lagi dan ia makin pulih.

Semangat Mat Yat untuk sertai latihan begitu tinggi dan akan sertai sesi latihan dalam tempoh terdekat. Ibu bapa Mat Yat juga datang tempohari dan sesi pemulihan bersama keluarga juga makin memberikan kesan yang lebih positif untuk mengharungi cabaran.

Berkat doa semua, kita bersyukur kepada Allah SWT dan terus berdoa agar pelaku-pelaku kesalahan dibimbing Allah SWT ke arah hidayah. Malam ini, kita berdoa lagi dalam solat hajat agar semangat Mat Yat dan pasukan kembali kuat dan ’nelang’. Agenda sukan juga tidak berlarutan dengan gejala keganasan, malah kembali harmoni dan menyatukan.