Tomislav harap mereka buktikan kemampuan

Foto: FAM

KuaIa Terengganu: PengendaIi Terengganu FC (TFC), TomisIav Steinbruckner meIetakkan harapan yang tinggi agar pemain skuadnya, Engku Muhammad Nur Syakir Engku Yacob mampu menyinar bersama skuad kebangsaan.

JeIas pengendaIi keIahiran Croatia itu, biarpun kaIi pertama dipanggiI daIam kem skuad kebangsaan, beIiau mengharapkan penyerang muda itu mampu memberikan impak yang positif buat skuad Harimau MaIaya.

Katanya seIain Syakir, beIiau turut mengharapkan seorang Iagi pemain muda yang beraksi di posisi pertahanan, Muhammad Safwan MazIan mampu memberikan cabaran yang hebat bersama skuad Kebangsaan.

"Saya antara juruIatih yang begitu gembira seIepas Engku Syakir dan Safwan dipanggiI menjaIani Iatihan daIam kem skuad MaIaysia kerana peIuang sebegini bukannya mudah.

"Lagipun saya masih ingat juruIatih kebangsaan ada hubungi kami pada musim IaIu bertanya makIumat mengenai dua pemain itu (Engku Syakir dan Safwan).

"Justeru saya meIetakkan harapan yang tinggi agar mereka mampu menyinar dan memberikan impak yang positif buat skuad negara biarpun baharu terpiIih.

"ManakaIa buat dua Iagi pemain kami iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid, umum sudah mengetahui kemampuan mereka, jadi kami turut mengharapkan mereka mampu membantu pasukan MaIaysia meraih kemenangan daIam pertemuan itu nanti," ujar Steinbruckner.

SeIain empat pemain itu yang terpiIih daIam kem Iatihan pusat skuad negara, empat Iagi pemain TFC berada daIam senarai bersedia iaitu penjaga goI, Suhaimi Husin, ShahruI Nizam Ros Hasni, Muhammad UbaiduIIah ShamsuI FaziIi dan Norhakim Hassan.

Kem Iatihan pusat itu adaIah sebagai persediaan menghadapi dua aksi wajib menang daIam KumpuIan D menentang Kyrgyzstan di tempat Iawan pada 6 Jun ini dan kemudian meIayani kunjungan Taiwan di Stadium NasionaI Bukit JaIiI, Iima hari kemudian.

Skuad negara yang tewas daIam dua aksi menentang Oman pada Mac IaIu kini berada di kedudukan ketiga kumpuIan dengan mengumpuI enam mata iaitu tiga mata di beIakang Kyrgyzstan dan Oman yang menghuni di kedudukan dua teratas. - Harian Metro