Selamat tinggal Wan Mahmud?


Kuala Terengganu: Kecederaan yang dialami Ivan mengakibatkan pemain berusia 26 tahun itu terpaksa berehat panjang dan disisihkan pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner.

Selepas kemenangan 3-2 Skuad Peteh di laman sendiri dalam aksi separuh akhir Piala FA 2024 menentang Selangor malam semalam, Tomislav beri bayangan Terengganu bakal mencari pengganti buat Ivan Mamut.

“Kami membeli Ismaheel Akinade untuk menjadi pilihan selepas Ivan Mamut. Ivan sudah enam bulan tidak bersama skuad, jadi kita tidak tahu bila beliau akan kembali.”

“Ya kita perlu berpuas hati dengan persembahan dan prestasi Akinade namun kita juga menunggu jendela perpindahan seterusnya untuk mencari seorang pemain penyerang yang boleh beraksi di posisi yang ditinggalkan Ivan.”

Pengendali asal Crotia ini juga memaklumkan bahawa beliau sudah berbincang dengan barisan pengurusan Terengganu untuk membawa masuk pemain di posisi penyerang pada jendela perpindahan kedua kelak.

“Saya sudah berbincang dengan pengurusan dua hari lalu dan kita perlu membuat keputusan segera. Kita tak tahu bila Ivan akan kembali kerana kita ada sasaran tersendiri. Terengganu akan beraksi di Piala FA, Liga Super dan tidak lama lagi Shopee Cup jadi tanpa Ivan skuad kita tak sekuat dahulu,” ujar Tomislav.

Untuk rekod, Ivan Mamut menjadi watak penting Terengganu pada musim lalu apabila berjaya mencatat 17 gol bersama Terengganu dalam semua kejohanan. Ketiadaan penyerang asal Crotia ini cukup dirasai Skuad Peteh ketika mengharungi permulaan musim tanpa seorang penyerang prolifik seperti Ivan. - Makan Bola