"Kalau Ada Jodoh Saya Memang Nak Terus Kahwin" - Kilafairy


Orangnya memang cantik, sudah tentu ramai lelaki impikan untuk menjadi kekasih penyanyi wanita ini. Namun, Kilafairy mengakui dia lebih selesa hidup solo tanpa kekasih. Bagaimanapun, Kila memberitahu dia juga tidak menolak untuk segera berkahwin jika sudah bertemu jodoh.

Kata Kila lagi, dia gembira dengan kehidupannya kini dan mahu fokus dalam bidan perniagaan. Ramai rakan-rakannya sudah berkahwin, Kila memberitahu dia tidak merasa tertekan, malah ibunya Rohana Jalil tidak mahu dia berkahwin di usia muda.

"Jodoh tak ada lagi, kalau ada memang nak terus kahwin saja tapi saya gembira dengan kehidupan saya sekarang. Bagi saya mungkin ada hikmah juga saya belum ada kekasih sebaba da benda lain yang saya belum capai.

"Lagipun bercinta bukan fokus utama saya sejak dulu lagi. Saya percaya pada ketentuan dan Insya-Allah saya yakin ada jodoh saya nanti. Saya gembira melihat kawan-kawan saya yang dah berkahwin tapi ia bukan tekanan buat saya.

"Mungkin sebab mama pun kahwin lambat, masa umur 30 tahun. Mama selalu kata tak payah kahwin dan kerja dulu tapi berbeza dengan bapa saya yang suruh kahwin cepat. Tapi mereka tidak pernah paksa saya untuk berkahwin. Kalau boleh, umur 30 saya dah ada seseorang istimewa," katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media