MLBB: Malaysia Menjadi Tuan Rumah Kejohanan Mobile Legends World Championship

Posted on Friday, July 19, 2019 | 7/19/2019




Kejohanan Mobile Legends World Championship akan dilangsungkan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 11 hingga 17 November 2019. 16 pasukan terbaik dari 14 negara akan berentap untuk menjadi juara dunia Mobile Legends.

Hadiah yang dipertandingkan mencecah sejuta dan pastinya pasukan-pasukan bertanding akan memberikan aksi terbaik mereka ketika kejohanan itu berlangsung nanti. Untuk pengetahuan korang, Mobile Legends juga akan dipertandingkan pada Sukan Sea di Filipina nanti




Korang juga boleh menyaksikan kejohanan yang dikenali sebagai M1 ini secara langsung di Axiata Arena. Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan pada 11 hingga 14 November manakala perlawanan playoffs pula diadakan pada 15 November hingga 17 November. Semoga 2 pasukan yang mewakili Malaysia akan memperolehi kejayaan di kejohanan tersebut.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan











Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/19/2019

0 comments:

Loading...