Akibat Bas Dinaiki Terbabas Masuk Gaung, Seorang Wanita Putus Pergelangan Kaki

Posted on Saturday, August 03, 2019 | 8/03/2019


Sumber : Berita Harian


Malang menimpa penumpang sebuah bas ekspress dua tingkat apabila bas yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter pagi tadi.

Kemalangan yang berlaku telah menyebabkan seorang penumpang wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an, juga isteri kepada pemandu bas berkenaan putus pergelangan kaki.

Wanita berkenaan di hantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Sementera itu, pemandu bas dan seorang lelaki yang juga penumpang bas ekspress berkenaan cedera ringan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi untuk menerima rawatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Assisten Komisioner Abdul Aziz Ali, bas berkenaan dari Terminal Bersepadu Selatan, menuju Nilai dan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung.

Sumber :Metro Online




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/03/2019

0 comments:

Loading...