PPIM Cadang Logo Halal Baharu Untuk Produk Bangsa Lain

Sumber Gambar: PPIM

Wah, rancak betul pihak-pihak ni bantah tulisan Jawi dari terus dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran pelajar sekolah rendah. Sehinggakan ada pihak telah menganjurkan himpunan bagi membantah pelaksanaannya. Jadi, apa pula tindakan kita? Ohmedia hari ini tertarik dengan cadangan yang diutarakan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM yang ingin pihak Jaki untuk mengeluarkan sijil halal yang berbeza mengikut bangsa pemilik produk.

Ini ditegaskan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Maamor Osman selepas melihat banyak pihak mempersoalkan penggunaan tulisan Jawi.

Tak suka Jawi tidak mengapa jadi kita ikut. Kita mula dengan logo halal kalau tidak mahu (jawi) jangan guna langsung. Berapa banyak produk yang digunakan orang bukan Islam menggunakan tulisan jawi dan dalam dalam akta perihal dagangan perkara ini mengelirukan pengguna. Pengguna perlu dapat maklumat tepat dan kita minta hak kita, jika nak demikian biar menyeluruh. Kita cadang Jakim nanti kalau keluar sijil halal, kalau pemilik bukan Islam keluar tulisan ikut bangsa mereka supaya pengguna boleh membuat pilihan, katanya.

Kalau korang perasan, memang banyak sebenarnya produk yang dilihat seperti produk bumiputera dan Islam, namun ianya hanya digunakan untuk mengambil kesempatan ke atas pembeli melayu dan Islam terutamanya. Contoh makanan yang dikatakan oleh Dr Maamor adalah, roti pau yang menggunakan nama Melayu sedangkan pemilik sebenar produk terbabit adalah bukan Islam dan lebih malang apabila pekerjanya juga bukan Islam dan ini jelas bertujuan untuk mengelirukan pembeli Islam, kononnya makanan itu halal.

Kita mengajak orang Melayu, Islam selepas ini lebih berhati-hati membeli produk bukan Islam yang menggunakan nama Melayu, tegasnya lagi.

Jadi, apa pula pandangan korang mengenai cadangan dan isu ini?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media