BERSATU Putuskan Mereka Keluar Gabungan Pakatan Harapan

Posted on Monday, February 24, 2020 | 2/24/2020



Lagi berita yang mengejutkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah mengumumkan yang mereka keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan perkara ini diumumkan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya kepada media sebentar tadi.

Semua Ahli Dewan Rakyat daripada BERSATU dengan ini turut keluar daripada PH. Mereka sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. - Kata Muhyiddin.

Nampaknya ini adalah antara perkara yang dibincangkan semalam dan adakah parti gabungan Perikatan Nasional akan menjadi kenyataan?

BACA: Najib Sokong Gabungan Perikatan Nasional Tapi Ada Syarat!

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan politik negara di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/24/2020

0 comments:

Loading...