COVID-19 : Taman-Taman Awam Terengganu Ditutup


NOTIS PENUTUPAN

Dimaklumkan bahawa seluruh taman-taman awam di bawah selenggaraan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu DITUTUP mulai 18-31 Mac 2020. Taman awam tersebut ialah:

1) Taman Awam Batu Buruk
2) Taman Awam Lagun Kuala Ibai
3) Taman Shahbandar
4) Taman Medan Maziah
5) Taman Rekreasi Teluk Ketapang
6) Taman Hiliran
7) Taman Waterfront, Pulau Kambing

Penutupan ini selaras dengan perutusan khas YAB Perdana Menteri mengenai COVID-19, pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diarah untuk melaksanakan Perintah Pelaksanaan Kawalan Pergerakan mulai 18-31 Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Arahan
Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Sumber: teganukita.net