(Video) Tun Mahathir Tidak Mahu Bersalam Dengan Rakyat. Apa puncanya?

Posted on Monday, March 09, 2020 | 3/09/2020



Baru-baru ini, Ohmedia ada tengok satu posting yang dibuat oleh seorang pengguna, @iamromyirwanshah9977 di Instagram mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir yang hadir di sebuah masjid.

Semasa beliau sedang berjalan keluar dari masjid tersebut, Tun M dilihat tidak mahu bersalaman dengan orang awam. Alamak! Apa puncanya gais? Menurut @iamromyirwanshah9977, beliau berbuat demikian disebabkan ingin mencegah dari wabak Covid-19 atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hmm mungkin apa dia buat betul lah sebab sekarang ni dah capai 99 kes Covid-19 di Malaysia tau. Berdasarkan laporan KKM semalam, ada 6 pertambahan kes baharu yang menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negara kita adalah sebanyak 99 kes.

Jadi, Tun M bukan sombong ya taknak bersalaman dengan korang. Ohmedia cuma nak pesan dekat korang semua bila berada di kawasan awam, jangan lupa memakai topeng muka dan memastikan tahap kebersihan diri tu tinggi seperti basuh tangan dan menggunakan hand sanitizer okay.

OHMEDIA: JAGA DIRI GAIS BILA BERADA DI LUAR SANA! OHMEDIA TAKUT NAK KELUAR SEKARANG. ELAKKAN PERGI KE LUAR NEGARA.

Sumber: Instagram | KKM

+ Baca respon pembaca takut koronavirus di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/09/2020

0 comments:

Loading...