Drake Tunjuk Rumah Agamnya Di Kanada Seperti 'Shopping Mall' Mewah!


Hari ini pihak kerajaan akan mengumumkan samaada PKP akan dilanjutkan atau tidak yang sepatutnya berakhir pada 14 April ini. Bagaimanapun, sekiranya PKP dilanjutkan dan kita mempunyai rumah yang besar seperti penyanyi rap popular Drake ini, pastinya tidak akan berasa bosan.

Rumah besar dan indah milik Drake yang terletak di Toronto, Kanada akan keluar di dalam majalah Architectural Digest edisi bulan Mei dan pereka rekaan hiasan dalaman, Ferris Rafauli telah berkongsi tentang bagaimana semua ini bermula yang mengikut sepenuhnya citarasa Drake.


Disebabkan rumah ini dibina di tempat saya dilahirkan, saya mahu sebuah rumah yang dapat bertahan sehingga 100 tahun. Saya mahu ia mempunyai keunikannya yang tersendiri. - Kata Drake.


Jika dilihat dari video ini, rumah agam yang diberi nama The Embassy ini mempunyai keluasan 50,000 kaki persegi dan saiz ini tidak tumpah seperti sebuah shopping mall. Siap ada gelanggang bola keranjang 'NBA Standard' dan sebuah bilik rakaman peribadi yang mewah.


Berapa agaknya kos untuk buat rumah sebesar ini? Kalau nak tahu, kita kena baca dahulu majalah yang akan dikeluarkan pada bulan Mei ini. Tapi jika dilihat dari pendapatan Drake sebanyak USD150 juta atau RM650 juta bagi tahun 2018 sahaja, tidak heranlah rumah sebesar dan semewah ini tercipta.




Jadi macam mana pula konsep rumah impian korang? Apa-apapun, tidak kiralah rumah kecil ataupun besar, buat masa ini terus berada di dalam rumah sepanjang tempoh PKP dan bersama kita memutuskan rantaian COVID-19.

+ Baca respon pembaca yang kagum melihat rumah agam Drake di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media