Ustaz Abu Syafiq Tak Akan Mohon Maaf Kerana Bukan Tuju Kritikan Untuk Ebit Lew

Posted on Monday, April 27, 2020 | 4/27/2020



Nama Ustaz Ebit Lew menjadi perbincangan hangat minggu ini, apabila ada pihak yang dikatakan telah membuat laporan polis terhadap tugas amal yang dilakukannya sehingga dipanggil pihak polis Bukit Aman.

BACA: Ebit Lew Terpaksa Berhenti Bantu Orang Selepas Dipanggil Polis?

Nama individu yang didakwa bertanggungjawab dalam perkara ini adalah seorang ustaz yang dikenali dengan nama Abu Syafiq yang sebelum ini telah menaikkan beberapa status sindiran.

Nama Ustaz Abu Syafiq juga semakin popular apabila sebelum ini cukup rancak menentang Sajat dan usahawan kosmetik.

Bagaimanapun, Ustaz Abu Syafiq tampil mempertahankan dirinya yang dijelaskan di dalam temubual bersama seorang bekas wartawan penyiaran TV3 iaitu Ryzal Ibrahim.

Masa saya tulis tu, demi Allah saya tak tahu Ebit masukkan dalam Facebook sebab saya tak follow dia. Saya tak tahu langsung, saya tak tuju kepada dia dan saya tak tahu langsung. Tapi ada orang ambil statement saya, cantumkan kata Ustaz Abu Syafiq ni kutuk Ebit Lew. Kemudian baru saya tahu Ebit Lew letak gambar. Saya tak tahu sebelum itu. Tak ada kaitan dengan Ebit Lew Sebenarnya. Jelasnya.

Ustaz Abu Syafiq turut menjelaskan yang dia hanya ingin mengingatkan sesiapa untuk menjaga aib penerima bantuan dengan mengelakkan untuk meletak dan berkongsi gambar dan video orang miskin yang susah supaya tak timbul fitnah. Ustaz Abu Syafiq juga menegaskan yang dirinya bukan ingin melarang orang tangkap gambar untuk kebaikan yang bertujuan menggalakkan orang lain untuk bersedekah.

Ini rakaman penuh temubual selama 9 minit di Facebook Ryzal.


Sumber: Facebook Ryzal

+ Baca respon pembaca yang mendengar penjelasan Ustaz Abu Syafiq di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/27/2020

0 comments:

Loading...