Honor Pad V6 Dilancarkan Bersama Bateri Sebesar 7,250mAh


Selain MagicBook Bro, Honor juga melancarkan tablet terbaru mereka dibawah siri V iaitu Honor Pad V6. Tablet ini didatangkan dengan skrin LCD 10.4 inci dengan sokongan stylus Magic Pen. Cip pemprosesan yang dikuasakan pada tablet ini adalah Kirin 985.


Untuk memori pula, ia hadir dengan 6GB RAM dan dua pilihan storan iaitu 64GB dan 128GB gais. Kalau rasa tak cukup lagi memori yang ditawarkan tu korang boleh tambahkannya dengan micro SD sebanyak 512GB. Bagi bateri, Pad V6 ini didatangkan dengan 7,250mAh bersama pengecasan pantas 22.5W menggunakan USB port type-c. Honor juga mendakwa yang bateri pada tablet ini mampu bertahan sehingga 13 jam apabila memainkan video Full HD.

Untuk kamera belakang, ia hadir dengan dual lensa iaitu 13 megapixel sensor utama + 8 megapixel sudut lebar. Buat masa ini, masih tiada lagi harga yang ditetapkan pada tablet terbaru Honor ini dan akan diumumkan pada bulan Jun nanti ya gais.

Sumber : Lowyat

+ Baca respon pembaca tablet terbaru Honor di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media