Samsung Galaxy A51 Variasi 8GB RAM Dilancarkan di Malaysia Pada Harga RM1,399 Bermula 8 Mei

Posted on Wednesday, May 06, 2020 | 5/06/2020



Hari ini, Samsung Malaysia mengumumkan telefon pintar baru dibawah siri A di pasaran Malaysia iaitu Samsung Galaxy A51 variasi 8GB RAM. Sebelum ini, Samsung Malaysia telah menawarkan variasi 6GB RAM pada harga RM1,299 pada bulan Januari lepas.

Peranti ini hadir dengan skrin 6.5 inci Infinity-O. Ianya dikuasakan dengan cip pemprosesan Exynos 9611 bersama 8GB RAM dan storan sebesar 128GB gais. Model terbaru siri A dari Samsung ini juga didatangkan dengan bateri sebesar 4,000mAh bersama pengecasan pantas 15W menggunakan port USB type-C. 

 Untuk kamera belakang, ia hadir dengan 4 lensa kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 12 megapixel sudut lebar + 5 megapixel makro + 5 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapannya pula didatangkan dengan 12 megapixel. Bagi sesiapa yang berminat dengan penawaran pada samsung Galaxy A51 variasi 8GB RAM ini, korang boleh dapatkannya bermula 8 Mei nanti pada harga RM1,399 jer gais. 

 Sumber : teknoratz

+ Baca respon pembaca Samsung Galaxy A51 ditawarkan di Malaysia di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/06/2020

0 comments:

Loading...