Zain Saidin Masuk Hospital


Pelakon Oh My English!, Zain Saidin berusia 36 tahun dimasukkan ke sebuah pusat perubatan kerana jangkitan pundi kencing dan kini dia memaklumkan bahawa dirinya sudah stabil.

Menurut laporan Berita Harian, suami kepada Rozita Che Wan itu mengalami sakit di bahagian pinggang ke belakang badannya sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan lagi. Jadi, dia mengambil keputusan pada hari Sabtu lalu untuk mendapatkan rawatan dan ditahan di wad.

Saya mula sakit pada pinggang hingga ke belakang badan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika itu, saya fikir, mungkin boleh berjumpa doktor selepas tamat PKP. Namun, sangkaan saya meleset. Pagi Sabtu lalu, saya bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ditahan di wad. Takut dibiar lama nanti timbul komplikasi lain pula. Saya stabil setakat ini... Alhamdulillah. Selain itu, doktor beritahu bacaan kolestrol saya tinggi. Jika diikutkan sejarah keluarga, kami sering berdepan masalah ini. Jadi, perkara itu bukanlah pelik. Dahulu, firasat saya, sakit akan datang ketika berusia. Saya anggar pada usia 40 tahun, kalau sakit kita sakit, ia normal. Tetapi, apabila sudah jatuh sakit sekarang, saya anggap ia suatu peringatan untuk kita berjaga-jaga. Walaupun saya aktif bersenam, kalau hendak sakit, ia akan datang. Jika kita sakit, duit banyak pun tidak memberi makna. Sebab itulah ada pepatah berbunyi mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Betul cakap Zain. Walau macam mana pun kita aktif bersenam, sakit akan datang juga kalau Allah nak bagi tau. Apapun, semoga cepat sembuh, Zain Saidin!

OHMEDIA: GET WELL SOON!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca beri kata-kata semangat di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media